My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, September 30, 2010

Majlis Aidilfitri ERC & Majlis Meraikan Bakal Haji RPP1

Pada 25 September 2010, Kumpulan 35 Terbuka dan ERC telah mengadakan Majlis Aidilfitri peringkat kumpulan yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Sabran bin Awang - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan merangkap Pengerusi JKP Zon Air Biru 2. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengumpulkan ahli - ahli ERC dan terbuka 35 sambil merayakan suasana Aidilfitri. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Pada malamnya pula beberapa orang ahli ERC hadir Majlis Meraikan Bakal Haji untuk bakal - bakal haji dari kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 serta Majlis Aidilfitri yang diadakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan khas dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Sempena Aidilfitri


Perjumpaan Aidilfitri Kump. 35 & ERC

Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Pusat Komuniti RPP1
Nota: Bawa juadah Hari Raya

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri Zon Air Biru 2
Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 mlm hingga 11.00 mlm
Tempat: Pekarangan Blok 17 SEDC Flat
Pakaian: Baju Melayu/ Baju Kurung

Friday, September 17, 2010

Terima Kasih Kepada Ahli ERC

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada ahli Kelana ERC yang terlibat membantu dalam menghiasi Taman Komuniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Wednesday, September 8, 2010

7th ERC Ramadhan Gathering

Pada Selasa 7 September 2010, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Restoran D' Bamboo River Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli hadir dalam jamuan tersebut. Pada asalnya program ini akan dijalankan di Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1, memandang tidak ramai yang hadir maka jamuan ini diadakan di restoran tersebut yang terletak di Sungai Buloh, Pasir Gudang. Hadir juga ialah En. Norhazli bin Mohamad - Ketua Pemimpin Kumpulan.

Sunday, September 5, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 Unit PK PPM Selangor

Tarikh:1 hingga 4 Oktobr 2010
Tempat: Kem Rimba Templer Rawang, Selangor
Bayaran RM 70.00
Syarat pentertaan: -
Peserta kursus hendaklah berumur 25 tahun keatas, telah menghadiri Kursus MK 3.1 P. kelana dan XPDC 60km.

Peserta dari PPM Johor yang mengikuti kursus ini sila mohon mengikut saluran tertentu - Tulis surat kepada Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Johor untuk makluman/sokongan PLNJ.

Thursday, September 2, 2010

Jamuan Berbuka Puasa ERC & Terbuka 35

35Tarikh
7 September 2010 (Selasa)
Tempat
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Masa
6.00 petang
(Ahli ERC akan kumpul di kabin dan bergerak ke bazaar)
Bayaran
RM 8.00

Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, beberapa ahli kelana ERC bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang terlibat diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari ERC & Terbuka 35 JB

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Saturday, August 28, 2010

Membantu Dalam Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Peringkat MPPG

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa orang ahli kelana ERC bersama - sama membantu penduduk menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran - Pengerusi JKP Zon dan penduduk sedang
berehat sebentar


Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
En. Norhazli - Ketua Pemimpin ERC turut membantu
menghias pintu masuk taman


Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan

Monday, August 23, 2010

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010

Tahniah diucapkan kepada calon - calon Pengakap Raja Negeri Johor yang telah lulus ujian tersebut. Diharap dapat memberikan khidmat yang baik kepada Pengakap Negeri Johor khasnya serta Pengakap Malaysia amnya, Kepada Masyarakat dan juga Negara.

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 - "Klik Disini"