My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Aktiviti Air. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Air. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

ERC Sunset Beach Camp

Photobucket
Sebahagian ahli 35 dan ERC

Pada 23 hingga 24 Julai 2011, ERC telah mengadakan perkhemahan diatas yang diadakan di Mutiara Bay, Batu Layar, Kota Tinggi. Seramai 20 orang terdiri dari ahli pengakap 35 dan kelana ERC mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini lebih kepada aktiviti santai sambil menghayati keindahan angin laut serta beberapa siri ceramah berkenaan keselamatan dan aktiviti di air Pada sebelah malamnya diadakan BBQ dan ramah mesra sesama ahli. Para peserta bertolak pulang jam 2.00 petang dan tiba di Pasir Gudang jam 3.00 petang.

Photobucket
Taklimat dan ceramah dari En. Norhazli

Photobucket
Suasana tapak perkhemahan

Photobucket
Bersama - sama menyediakan ayam untuk
BBQ malam

Photobucket
Ahli 35 sedang membakar ayam untuk BBQ

Photobucket
Seronoknya mandi manda

Tuesday, June 28, 2011

Program Echo Rovers Crew Goes Picnic

Pada Ahad 26 Jun 2011, ERC mengadakan program reakreasi sempena hujung minggu ke Pantai Teluk Mutiara, Batu Layar Kota Tinggi diketuai oleh En.Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin ERC. Seramai 6 orang ahli ERC mengikuti reakreasi ini. Dengan aktiviti reakreasi ini dapatlah sedikit sebanyak memberi ketenangan dan juga saling beramah mesra antara satu sama lain.

Photobucket
Jambatan Sungai Johor yang menghubung antara
Pasir Gudang & Bdr Penawar,Kota Tinggi

Photobucket
Ketika sedang makan - makan

Photobucket
Pintu masuk Pantai Teluk Mutiara

Photobucket
Suasana mandi manda

Photobucket
Suasana kawasan persekitaran Mutiara Bay

Tuesday, December 21, 2010

Khidmat Sukarelawan Di Sukan Air Tg Langsat

Pada 18 hingga 19 Disember 2010, ERC & Terbuka 35 dijemput membantu menjayakan Program Mesra Rakyat 1 Malaysia & Sukan Air Zon Tg Langsat yang diadakan di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli diketuai En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan mengikuti khidmat sukarelawan ini. Berbagai acara diadakan sempena program ini seperti sukaneka, kebudayaan, pertandingan street soccer, pertandingan mewarna dan sebagainya.

Beberapa acara dalam sukan air dipertandingkan antaranya acara pertandingan tepuk bantal, lumba kayak, tiang licin, tangkap itik, berenang gaya bebas dan sebagainya. ERC telah menghantar wakilnya menyertai beberapa pertandingan sukaneka dan sukan air dimana ERC mendapat tempat ketiga dalam acara pertandingan polo air. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil ADUN Tiram.

Photobucket
Antara acara dalam sukaneka

Photobucket
Persembahan kebudayaan

Photobucket
Ahli 35 terbuka sedang membantu persiapan
pertandingan lumpa kayak

Photobucket
Salah seorang ahli 35 terbuka sedang menyertai
pertandingan tepuk bantal

Photobucket
Pertandingan polo air yang disertai oleh ERC

Photobucket
Lumba kayak kategori double

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penyelamat Kelemasan Johor (PPKJ) 2010

Diucapkan tahniah kepada En. Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin Kumpulan kerana terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa serta En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan sebagai Pemeriksa Kira - Kira 1 persatuan diatas bagi sessi tahun 2010 - 2012 yang diadakan pada hari Isnin 28 Jun 2010 bertempat di Komplek Belia Dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Selain perlantikan jawatankuasa yang baru, turut diadakan pembentangan laporan aktiviti serta perancangan aktiviti bagi tahun 2010/2011. Antaranya ialah Kem Renang & Keselamatan Air, Pertandingan Menyelamat Kelemasan Pt. Kebangsaan 2010 serta Majlis Anugerah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (PPKM). Mesyuarat bermula pada jam 5.30 ptg dan berakhir jam 7.00 malam.

Slide Mesyuarat Agong Tahunan PPKJ ke 15

Ucapan Aluan dari Pengerusi PPKJ

Antara ahli mesyuarat yang hadir

Proses pemilihan AJK yang baru

Monday, May 3, 2010

Berkhidmat Di KFC/ MPPG Johor Open Regatta 2010

Pada 1 hingga 2 Mei 2010, ERC dan Terbuka 35 telah menghantar seramai 10 orang diketuai En. Norhazli bagi berkhidmat di program diatas yang diadakan di Pantai Pasir Layar, Tg Langsat, Pasir Gudang. Ini merupakan kali ke 4 ERC dijemput membantu menjayakan program ini memandangkan prestasi dan komitmen yang baik diberi oleh anggota ERC dan 35 terbuka dalam menjayakan sukan perahu layar ini anjuran Persatuan Pelayar Johor dengan kerjasama Johor Corp dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Seramai lebih 80 orang peserta perahu layar kategori Optimis. Lazer dan Fort 20 dari negeri - negeri seluruh Malaysia. Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Taklimat tugas diberi oleh En. Norhazli

Para peserta sedang membuat persediaan sebelum berlepas

Perahu layar mula dilepaskan untuk memulakan perlumbaan

Ahli pengakap 35 berehat menanti tamat perlumbaan

Suasana keadaan perahu layar yang dinaikan ke darat
setelah
selesai perlumbaanya

Wednesday, March 31, 2010

Kursus Asas Pengendalian Kayak Pt. Kumpulan

Pada 27 dan 28 Mac 2010, Kumpulan telah mengadakan kursus kayak yang diadakan di Jeti Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Seramai 15 orang ahli pengakap kumpulan 35 dan ERC menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan salah satu asas bagi kemahiran unit pengakap laut yang mana ianya terdapat dalam skima latihan unit pengakap laut. Turut hadir dalam kursus ini ialah En. Ghazali, salah seorang AJK Kehormat Kumpulan 35 dan ERC.

Antara latihan yang diajar seperti Pengenalan bahagian kayak, cara membawa serta teknik kayuhan paddle kayak dan Isyarat Kayak. Peserta juga diajar amali bagi kayuh Foward Stroke dan Back Stroke, Sweeping stroke, Draw Stroke dan sebagainya serta teknik penyelamat Capsize drill and swim off shore serta Emptying Kayak. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.




Tuesday, March 2, 2010

"One Night Stand" Gathering Camp 2010

Pada 27 hingga 28 Febuari 2010, ERC pertama kali menganjurkan program diatas bersama Kelab Reakreasi Belia Tg. Langsat yang diadakan di Kampung Sungai Tiga, Tanjung Langsat. Seramai 30 orang dari gabungan ini menyertai perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Malam BBQ serta Kebudayaan, XPDC Blindtrail, War Game, Aktiviti air dan Berakit. Selain aktiviti tersebut, juga dijalankan Proses Pengenalan Diri (Vigil) dan Istiadat Perlantikan Pengakap Kelana untuk bakal - bakal kelana yang menganggotai ERC.

Turut hadir dalam perkhemahan ini ialah Tn. Hj. Ibrahim bin Ramli, Ketua Kampung Tg. Langsat bersama AJKKKK. Dengan berjayanya program ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pengakap Komuniti dengan Kelab Reakreasi Tanjung Langsat dalam perkongsian pengalaman, kegiatan dan ilmu. Penutup perkhemahan disempurnakan oleh En. Norhazli bin Mohamad, Ketua Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC.

Taklimat dari En. Norhazli dan "Ice Breaking"

Antara Kelana yang sedang menyiapkan BBQ

Bakal-bakal Kelana yang telah menyempurnakan proses "Vigil"
dan Istiadat Perlantikan Kelana

Para peserta sedang membina rakit

Sebahagian peserta sedang mengendalikan rakit
menyusuri Sungai Tiga

Wednesday, December 23, 2009

Berkhidmat Di Program Gerak Kemas Dan Sukan Air Zon Tanjung Langsat

Pada 18 hingga 20 Disember 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi membantu menjayakan program diatas yang diadakan di Pantai Kampung Tanjung Langsat anjuran JKP MPPG Zon Tg Langsat dan JKKKK Kg Tanjung Langsat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memancing, J-Robik, Gotong Royong membersihkan jeti dan pantai Tanjung Langsat, pameran dan Persembahan Kebudayaan berbagai kaum. Selain itu juga diadakan pertandingan bola jaring Piala Ketua Puteri UMNO Tebrau, pertandingan sepak takraw dan street soccer. Pasukan pengakap bersama - sama membantu Kelab Reakraesi Tg Langsat mengadakan Sukan Air di pantai Tanjung Langsat. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah lumba kayak dan boya, berenang serta menyelam, tepuk bantal dan panjat tiang licin. Pasukan Pengakap juga telah mengikuti perlawanan polo air persahabatan dengan Belia kampung Tanjung Langsat. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn. Hj. Muharam bin Parlie, Penghulu Kanan Mukim Plentong bagi mewakili Y.B Datuk Hj. Maulizan bin Bujang, ADUN TIram.

Antara VIP yang hadir dalam Program ini

Perlawanan Persahabatan Polo Air

Gotong Royong membersihkan pantai

Antara ahli pengakap yang terlibat sebagai Urusetia

Seronok sakan diorang berjoget

Thursday, July 2, 2009

Latihan Renang Peringkat Kumpulan

Pada 29 Jun 2009, Pasukan 35 dan ERC mengadakan latihan renang bagi persediaan untuk mengikuti Kursus Persijilan Asas Renang yang diadakan di Komplek Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru. Seramai 10 orang ahli pengakap mengikuti latihan ini. Para pengakap dilatih beberapa teknik asas renang spt mengapungkan diri, teknik pernafasan dan gaya asas untuk berenang.

Antara ahli pengakap membuat persediaan
sebelum latihan renang


Belajar teknik mengapung diri

Belajar gaya renang

Thursday, May 14, 2009

Kembara Pulau Kali Ke 6 & Perkhemahan ERC kali ke 5

Pada 9 hingga 11 Mei 2009, Echo Rovers Crew telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pulau Hujung, Mersing, Johor. Seramai 10 orang ahli ERC mengikuti program ini diketua oleh Sdra Azam bin Omar. Peserta Kembara bertolak dari Pasir Gudang ke Mersing menaiki kenderaan dan menaiki bot dari jeti Mersing ke Pulau Hujung. Ini merupakan pertama kali ERC menjejakan kaki ke pulau ini setelah berjaya menjalankan kembara di Pulau Besar dan Tengah yang merupakan 3 pulau serangkai di Mersing. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengembara mengelilingi pulau sambil mengharungi halangan dan cabaran, aktiviti memancing, ilmu hutan dan malam BBQ. Peserta bergerak pulang dari pulau jam 12.00 tghari dengan menaiki bot kembali ke jeti Mersing dan akhirnya selamat tiba di Pasir Gudang pada jam 4.00 petang.

Posing kat bot sebelum bertolak ke Pulau Hujung

Semasa Kembara Keliling Pulau

Berehat selepas penat memancing

Kejernihan air laut di Pulau Hujung

Pulau Hujung, Salah satu dari 3 pulau serangkai
Mersing Johor