My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Saturday, March 26, 2011

Friday, March 25, 2011

Salam Takziah Dari ERC

Ucapan takziah kepada Sdra Zamani - Ahli ERC & Keluarga dimana bapa mertua beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat ptg 25 Mac 2011 Masihi persamaan 20 Rabiuakhir 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh bapa beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Wednesday, March 23, 2011

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan/ Peringkat 1 Unit PM Anjuran PPM/PLNJ

Tarikh: 7 hingga 10 April 2011
Tempat: Kg Mukut Twinpeak Tanjung Inn, Tioman, Pahang

Bayaran: RM 150.00 ( Pendaftaran - RM60, Feri Pegi balik - RM90 )

Penyertaan: Bakal Pemimpin
Ketua Kursus: Tn Hj. Ibrahim Abdullah/ En. Khir Muda

Berminat boleh menghubungi 013-7014105 ( Hj Ibrahim Abdullah - Pengerusi PLNJ )

Tuesday, March 1, 2011

ATAS World Fellowship Dinner (Malaysia Chapter)

Photobucket

Pada Sabtu 26 Febuari 2011, En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan ERC bersama dengan beberapa pemimpin serta Pengakap Raja daerah - daerah dalam Johor telah mewakili PPM Negeri Johor ke program diatas anjuran Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) bersama Association Of Top Achiever Scouts World (ATAS World) bersempena dengan Hari Pengasas Pengakap Dunia bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.

Majlis ini dihadiri oleh Mr. Eric Khoo - Pesuruhjaya Antarabangsa merangkap Pengerusi ATAS World yang juga merupakan pengasas persatuan ini. Turut hadir juga ialah Tn. Hj. Abd Shukor bin Mohsin - Pesuruhjaya Latihan Negara. Antara program yang dijalankan ialah persembahan nyanyian lagu pengakap sedunia, cabutan bertuah, tayangan clip video serta beramah mesra dengan semua ahli ATAS dan Pengakap Raja. Majlis ini bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Pameran sempena ATAS World Fellowship
Dinner

Photobucket
Suasana meriah di Dewan Hotel Dynasty
Kuala Lumpur

Photobucket
Bergembira berjumpa rakan - rakan ATAS
yang lain

Photobucket
Antara persembahan "mencuitkan hati"
dalam majlis ini

Photobucket
En. Fahmi menerima lencana ATAS dari
Mr. Eric Khoo

Photobucket
Lencana Gabungan PPRM/ ATAS,
Lencana Keahlian ATAS dan Lencana Gathering