My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Sunday, November 27, 2011

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia Berkuatkuasa

Photobucket

Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.

Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di sekolah, guru - guru penasihat pengakap juga adalah seorang Pemimpin pengakap dalam organisasi yang bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Troop Leader (Ketua Pasukan) dan Ketua - Ketua Patrol yang lain juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli pengakap bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kepengakapan, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni kepada ahlinya sesuai dengan budaya kepengakapan yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.

Di peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan hala tuju, pemantapan, membangunkan serta perancangan organisasi. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat antarabangsa, negara, negeri, daerah, zon atau kumpulan. Pada peringkat negara kita mempunyai Ketua Pengakap Negara. Di peringkat negeri kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pada peringkat daerah, kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Manakala di peringkat kumpulan kita ada Ketua Pemimpin atau Pemimpin Kumpulan. Kita juga memiliki pemimpin - pemimpin muda seperti Pengerusi Kelana atau Crew, Ketua Pasukan dan Ketua Patrol yang pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dan memandu orang bawahanya atau anak buahnya untuk mencapai kejayaan organisasinya.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 19, 2009

1 MALAYSIA

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.
Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM serta Pingat 100 Tahun Kepengakapan Peringkat Negeri Johor

Majlis penganugerahan diatas disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Hj Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Antaranya 3 orang Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru yang juga pemimpin kumpulan 35 dan ERC telah menerima anugerah pingat dibawah:

En. Norhazli bin Mohamad

- Pingat Perkhidmatan Baik

- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

En. Khairul Fahmi bin Jaafar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

Pn. Eliza binti Moktar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan


Rupa bentuk Pingat 100 Tahun Kepengakapan dianugerahkan kepada pemimpin yang banyak berjasa dan berbakti sepanjang perkhidmatanya dalam kepengakapan

Tuesday, June 16, 2009

Sunday, January 4, 2009

PINDAAN PADA LOGO PENGAKAP MALAYSIA

Pekara ini dah lama didengar sejak Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia dimana berlakunya pertukaran warna pada tali lingkaran logo pengakap. Walaupun ramai ahli pengakap masih konfius dengan perubahan ini namun ibu pejabat PPM sudah mengunakan logo baru ini.
Logo Lama
Logo Baru

Tuesday, December 16, 2008

Pusat Kegiatan Pasukan yang baru

Pada 23 November 2008, Pasukan Pengakap Kumpulan 35 Terbuka dan Kelana E JB telah diberi kebenaran untuk menjadikan Balai Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1, Tmn Air Biru, Pasir Gudang sebagai Pusat Kegiatan Pasukan. Dengan adanya pusat kegiatan ini maka memudahkan lagi pergerakan pasukan seperti kemudahan mesyuarat, pusat latihan dan juga pusat informasi internet. Atas inisiatif pasukan balai ini dijadikan juga sebagai pusat rasmi bagi PPM Daerah Johor Bahru bagi Zon Timur. Program pertama dijalankan ialah latihan pusat Pengakap Raja bagi Zon Timur yang diadakan di balai tersebut. Diharap pasukan 35 terbuka dan kelana E dapat terus bergiat dengan lebih aktif bukan sahaja dalam kegiatan pengakap, malah dengan masyarakat, persatuan - persatuan NGO, Kerajaan Tempatan dan sebagainya.


Pusat Kegiatan Pasukan yang baru