My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, April 28, 2009

Perhimpunan Raksasa Pengakap Sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia

Pada hari Sabtu 25 April 2009 Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Sambutan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang berlangsung di Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Antara tetamu kehormat yang menyertai perhimpunan ini ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Majlis bermula pada sekitar jam 10 pagi ini dengan ucapan dari Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta penyampaian Pingat Penghargaan 100 Tahun Pengakap Malaysia kepada 100 orang pemimpin pengakap yang telah berkhidmat dengan dengan cemerlang dalam pengakap. Tn. Hj. yaakob bin Hj Abd Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor antara penerima pingat tersebut.

Selain itu majlis diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan dari PPM Daerah Kulai, Johor. Lebih dari 6,000 ahli pengakap dan Pemimpin dari seluruh negara serta wakil - wakil pengakap dari 15 negara luar hadir pada sambutan bersejarah itu.

Pesuruhjaya Negeri Johor menerima Pingat 100 tahun
Pengakap Malaysia dari YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
Presiden Agong PPM

Tuesday, April 21, 2009

Berkhidmat Di KFC Johor Open Regatta 2009

Pada 17 hingga 19 April 2009, Pasukan 35 dan ERC telah berkhidmat sebagai petugas di program diatas yang diadakan di Pantai Pasir Layar, Tanjung Langsat Pasir Gudang. Seramai 15 orang ahli pengakap terlibat. Ini merupakan kali ke 3 Pasukan 35 dan ERC dijemput untuk membantu menjayakan program ini. Seramai lebih 150 athelik perahu layar dari seluruh Malaysia dan beberapa negara luar menyertai sukan ini yang merupakan acara tahunan bagi Persatuan Pelayar Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Majlis penutup dan penyampain hadiah disempurnakan oleh Tan Sri Hj Ali bin Hashim, Pengerusi Eksekutif Johor Corporation merangkap Presiden Persatuan Perahu Layar Johor.

Ahli pengakap sedang membantu peserta Regatta
menaikan layarnya


Membantu menurunkan bot Marshall

Melepak setelah penat berkerja

Taklimat tentang tugas yang akan dijalankan oleh
Pegawai sukan layar

Organisasi Echo Rovers Crew dan Pengakap Laut 35 Terbuka Dapat Penaung Baru

En. Sabapathy a/l Ramasamy merupakan Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi Zon Taman Air Biru 2. Beliau juga merupakan Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang bersetuju dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kehormat Kumpulan yang juga Penaung bagi Organisasi ini bermula April 2009 mengantikan Tn. Hj. Bachok bin Nohong yang telah bersara. Semoga dengan perlantikan penaung yang baru dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang erat dalam melancarkan lagi pergerakan Organisasi ERC dan 35 Terbuka ini.

Jasa baik yang diberi oleh Tn. Hj. Bachok bin Nohong selama 10 tahun sebagai Penaung Kumpulan amat kami hargai.

Wednesday, April 8, 2009

Perhimpunan Raksasa Pengakap Sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia

Tarikh
25 April 2009 (Sabtu)

Tempat
Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Masa
9.00 pagi

Penyertaan
6,000 orang (PKK,PM,PR,PK,Pemimpin & Pesuruhjaya)

Tetamu Kehormat
YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi

Presiden Agung PPM