My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, April 28, 2009

Perhimpunan Raksasa Pengakap Sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia

Pada hari Sabtu 25 April 2009 Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Sambutan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia yang berlangsung di Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Antara tetamu kehormat yang menyertai perhimpunan ini ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Majlis bermula pada sekitar jam 10 pagi ini dengan ucapan dari Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta penyampaian Pingat Penghargaan 100 Tahun Pengakap Malaysia kepada 100 orang pemimpin pengakap yang telah berkhidmat dengan dengan cemerlang dalam pengakap. Tn. Hj. yaakob bin Hj Abd Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor antara penerima pingat tersebut.

Selain itu majlis diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan dari PPM Daerah Kulai, Johor. Lebih dari 6,000 ahli pengakap dan Pemimpin dari seluruh negara serta wakil - wakil pengakap dari 15 negara luar hadir pada sambutan bersejarah itu.

Pesuruhjaya Negeri Johor menerima Pingat 100 tahun
Pengakap Malaysia dari YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
Presiden Agong PPM

No comments: