My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, beberapa ahli kelana ERC bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang terlibat diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari ERC & Terbuka 35 JB

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Saturday, August 28, 2010

Membantu Dalam Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Peringkat MPPG

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa orang ahli kelana ERC bersama - sama membantu penduduk menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran - Pengerusi JKP Zon dan penduduk sedang
berehat sebentar


Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
En. Norhazli - Ketua Pemimpin ERC turut membantu
menghias pintu masuk taman


Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan

Monday, August 23, 2010

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010

Tahniah diucapkan kepada calon - calon Pengakap Raja Negeri Johor yang telah lulus ujian tersebut. Diharap dapat memberikan khidmat yang baik kepada Pengakap Negeri Johor khasnya serta Pengakap Malaysia amnya, Kepada Masyarakat dan juga Negara.

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 - "Klik Disini"

Saturday, August 21, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 Unit PKK & PM

Tarikh: 22 hingga 24 Oktober 2010 (Unit PM daftar 21 Okt)
Tempat: Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh B. Pahat
Yuran: PKK - RM 70 dan PM - RM 80

Perhatian
Diharap Pemimpin dan Penolong Pemimpin yang berumur 25 tahun kebawah adalah TIDAK LAYAK menghadiri kursus ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Tn. Hj. Ibrahim Abdullah - Pengerusi PLNJ 013-7014105/ 07-7767084

Makluman Jambori 2010

JAMBORI SEMPADAN KELANTAN/ THAILAND
Tarikh
10 hingga 15 Oktober 2010

Tempat
Kem Pengakap Kijang, Kota Bahru Kelantan
Yuran Jambori
RM 310 (Makan/minum, Pengangkutan dan yuran jambori)
Penyertaan
Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin
Tema jambori
One Land Scouts Jamboree
Tarikh tutup
20 Sept 2010
Segala pertanyaan berhubung
En Ismail Bujang - 01772443922


19TH NATIONAL ROVER MOOT THAILAND
Photobucket
Tarikh

21 hingga 25hb Oktober 2010
Tempat
Kem Tentera Burachatra Wilayah Ratchaburi, Thailand
Yuran
USD 100
Tarikh tutup
30 September 2010
Tema Jambori
Our Land, Our Life
Maklumat lanjut
www.thairovermoot.com

JAMBO 100 & 3RD ASEAN JAMBOREETarikh
4 hingga 9 Disember 2010
Tempat
Saribun Camp, Bandaraya Singapura
Yuran
USD 200 (Pengakap 11 hingga 16 tahun)
USD 150 (Pemimpin/Kelana/IST)
Maklumat lanjut
Malaysiascout.org
Maklumat 3rd ASEAN Jamboree (pdf)

JAMBORI BUDAYA SERUMPUN BORNEO
( Brunei, Malaysia dan Indonesia )
Tarikh
14 hingga 19 Disember 2010
Tempat
Sembas, Kalimantan Barat, Indonesia
Anjuran
Sabah Scout United
Bayaran
RM 300

Sesiapa berminat bolehlah menghubungi
En. Abd Rahim Hamid Ibupejabat PPM - 017-6156880

Thursday, August 19, 2010

Ujian Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana Johor.

Sempena Majlis Berbuka Puasa & Majlis Tilawah-Tadarus Al Quran PPM Johor, Unit PENGAKAP KELANA Johor akan mengadakan UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN kepada P.Kelana berminat sila hadir pada

Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Kem Jubli Intan Tanjung Laboh Bt Pahat Johor
Melapor kepada: En Affandi Abd Hamid - ASC P. Kelana Johor
Waktu Melapor: 9.00 pagi

Sila bawa Buku Log dan alatulis. Lencana Perkhidmatan/Sijil akan diberikan kepada yang lulus. Pakaian T-shirt untuk rewang, full uniform semasa edaran bubur dan baju melayu pada malamnya.

~ Sumber dari blog PLNJ

Majlis Tilawah Dan Tadarus Al Quran Serta Berbuka Puasa PPM Johor 2010

Photobucket

Masa

11.00 pagi hingga 9.45 malam
Majlis Perasmian
6.00 petang
Pakaian
Baju Melayu/ Baju Kurung

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa & Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah/ 2010 Masihi

Echo Rovers Crew Night Bowling Competition 2010


Pada Sabtu 7 Ogos 2010, Echo Rovers Crew julung kalinya telah mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari ahli Pengakap Kelana dan Pemimpin ERC menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Ketua Pemimpin Kumpulan ERC

Peserta masing - masing menunggu giliran
untuk lemparan bowling

Aksi lemparan salah seorang peserta

Pilihlah bola yang terbaik

Penyampaian hadiah oleh En. Norhazli Ketua Pemimpin
Kumpulan ERC dan Terbuka 35

Monday, August 2, 2010

Echo Rovers Crew Night Bowling Competition 2010

Photobucket

Ahli Terbuka 35 & ERC yang berminat bolehlah menghubungi
En. Fahmi - 0177069151

Ceramah Kesedaran Denggi Bersama JK Penduduk Pasir Gudang

Pada Sabtu 31 Julai 2010, ERC telah mengahntar seramai 2 orang ke program diatas anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai hampir 100 orang yang terdiri dari Pengerusi dan AJK Penduduk dalam Zon MPPG, Ketua - ketua dan ahli DeVIT serta wakil - wakil dari persatuan NGO hadir dalam ceramah ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Dr. Sharom dan Pn. Siti Salina binti Sayuti dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawap pemimpin masyarakat dalam menagani nyamuk Aides dan wabak demam denggi serta memberi taklimat tentang situasi dan kedaan semasa wabak denggi yang kini sedang melanda Pasir Gudang khasnya dan Negeri Johor amnya. Program bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Antara pameran dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor

VVIP dalam Program Ceramah Kesedaran Denggi

Sessi soal jawap dipengerusikan olen Tn. Hj. A. Rahim bin Nin
Yang Dipertua MPPG

Barisan Ahli Majlis MPPG dan wakil - wakil penduduk

Salah seorang wakil penduduk sedang bertanya soalan
berkenaan nyamuk Aides

Selamat Menyambut Hari Pengakap Malaysia 2010

Hari Pengakap Malaysia yang disambut oleh semua ahli pengakap seluruh Malaysia diadakan pada 1 Ogos setiap tahun.