My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Mesyuarat Majlis Pemimpin PPMDJB Zon Pasir Gudang 2012

Pada Rabu 15 Febuari 2012, Majlis Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC telah menghadiri mesyuaratnya bagi tahun 2012 bertempat di Sek. Men. Keb. Desa Jaya, Tiram. Seramai hampir 50 orang pemimpin pengakap dari sekolah - sekolah sekitar Zon Pasir Gudang hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Pn. Maslinda - Pen. Pesuruhjaya Daerah JB (Zon Timur) selaku pengerusi penaja PPMDPG

Turut hadir ialah En. Tan Chek Meng - Pen. Pesuruhjaya Negeri (Sekolah Swasta) dan En. Azhar bin Noor Rahman -Pesuruhjaya Daerah Pontian. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan perpisahan dari pentadbiran PPMDJB dan membentuk daerah pengakap baru. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang.

Photobucket
Kehadiran pemimpin pengakap sekitar
Zon Pasir Gudang

Photobucket
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Maslinda

Photobucket
Antara jawatankuasa penaja PPMDPG

Photobucket
Suasana bilik mesyuarat

Photobucket
Pemimpin - pemimpin yang sedang mencari
maklumat berkenaan pengakap

Sunday, January 29, 2012

Taklimat Pengurusan Strategik ERC 2012

Pada hari Sabtu 28 Januari 2012, ERC telah mengadakan sessi taklimat untuk penyusunan ERC untuk pemimpin dan jawatankuasa ERC bertempat di Pusat Kegiatan ERC RPP1. Seramai 12 orang dari kalangan pemimpin dan jawatankuasa ERC hadir dalam taklimat ini yang disampaikan oleh GSM En. Norhazli Mohamad. Atara topik yang disampaikan ialah penyusunan jawatankuasa ERC, pelaksanaan pengurusan dan aktiviti dan sebagainya. Taklimat ini bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, January 17, 2012

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPMDJB 2012

Pada Sabtu 14 Januari 2012 telah diadakan mesyuarat kali pertamanya bagi tahun 2012 bertempat di Dewan Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, JB. Seramai lebih 20 anggota Pen. Pesuruhjaya Daerah JB hadir dipengerusikan oleh En. Khairi bin Jailani, Pesuruhjaya Pengakap daerah JB. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin Karim ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Antara agenda dibincangkan berkenaan aktiviti bagi tahun 2012 serta perlantikan Pemangku Pesuruhjaya Daerah dan Penolong - Penolongnya dimana En. Sani, ADC Zon Johor Bahru dipilih sebagai pemangku Pesuruhjaya Daerah JB memandangkan En. Khairi telah dilantik sebagai Pen. Pesuruhjaya Negeri Johor. Dalam mesyuarat ini juga telah mengumumkan bahawa Pasir Gudang akan membentuk daerah pengakapnya sendiri serta perlantikan jawatankuasa penaja bagi merangka struktur pentadbiran dan pengurusan pengakap daerah Pasir Gudang dimana Pn. Maslinda, ADC Zon Pasir Gudang dipilih menerajui jawatankuasa penaja tersebut.

Photobucket
Sebahagian Pen. Pesuruhjaya sedang menunggu sebelum mesyuarat bermula

Photobucket
Tn Hj Yaacob bersama dengan En. Khairi dan En. Sani

Photobucket
Ahli - ahli mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah PPMDJB

Photobucket
Pn. Maslinda selaku Pengerusi penaja PPMDPG bersama
En. Fahmi & En. Norhazli selaku JK penaja

Photobucket
Sebahagian Pen. Pesuruhjaya Daerah JB yang hadir dalam mesyuarat ini

Monday, November 1, 2010

Taklimat & Mesyuarat Program Jawatankuasa ERC

Pada Sabtu 30 Oktober 2010, satu mesyuarat dan taklimat perancangan program ERC bagi tahun 2011 yang telah diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 9 orang terdiri dari pemimpin dan ahli jawatankuasa ERC hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Norhazli Mohamad - Ketua Pemimpin ERC. Mesyuarat ini bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 7.00 petang

Photobucket
Antara Pemimpin & AJK ERC yang hadir

Photobucket
En. Norhazli memberikan taklimat berkenaan perogaram
ERC tahun 2011

Photobucket
Perhatian di tumpukan

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penyelamat Kelemasan Johor (PPKJ) 2010

Diucapkan tahniah kepada En. Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin Kumpulan kerana terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa serta En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan sebagai Pemeriksa Kira - Kira 1 persatuan diatas bagi sessi tahun 2010 - 2012 yang diadakan pada hari Isnin 28 Jun 2010 bertempat di Komplek Belia Dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Selain perlantikan jawatankuasa yang baru, turut diadakan pembentangan laporan aktiviti serta perancangan aktiviti bagi tahun 2010/2011. Antaranya ialah Kem Renang & Keselamatan Air, Pertandingan Menyelamat Kelemasan Pt. Kebangsaan 2010 serta Majlis Anugerah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (PPKM). Mesyuarat bermula pada jam 5.30 ptg dan berakhir jam 7.00 malam.

Slide Mesyuarat Agong Tahunan PPKJ ke 15

Ucapan Aluan dari Pengerusi PPKJ

Antara ahli mesyuarat yang hadir

Proses pemilihan AJK yang baru