My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, September 30, 2010

Majlis Aidilfitri ERC & Majlis Meraikan Bakal Haji RPP1

Pada 25 September 2010, Kumpulan 35 Terbuka dan ERC telah mengadakan Majlis Aidilfitri peringkat kumpulan yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Sabran bin Awang - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan merangkap Pengerusi JKP Zon Air Biru 2. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengumpulkan ahli - ahli ERC dan terbuka 35 sambil merayakan suasana Aidilfitri. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Pada malamnya pula beberapa orang ahli ERC hadir Majlis Meraikan Bakal Haji untuk bakal - bakal haji dari kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 serta Majlis Aidilfitri yang diadakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan khas dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Sambutan Sempena Aidilfitri


Perjumpaan Aidilfitri Kump. 35 & ERC

Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Pusat Komuniti RPP1
Nota: Bawa juadah Hari Raya

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri Zon Air Biru 2
Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 mlm hingga 11.00 mlm
Tempat: Pekarangan Blok 17 SEDC Flat
Pakaian: Baju Melayu/ Baju Kurung

Friday, September 17, 2010

Terima Kasih Kepada Ahli ERC

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada ahli Kelana ERC yang terlibat membantu dalam menghiasi Taman Komuniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Wednesday, September 8, 2010

7th ERC Ramadhan Gathering

Pada Selasa 7 September 2010, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Restoran D' Bamboo River Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli hadir dalam jamuan tersebut. Pada asalnya program ini akan dijalankan di Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1, memandang tidak ramai yang hadir maka jamuan ini diadakan di restoran tersebut yang terletak di Sungai Buloh, Pasir Gudang. Hadir juga ialah En. Norhazli bin Mohamad - Ketua Pemimpin Kumpulan.

Sunday, September 5, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 Unit PK PPM Selangor

Tarikh:1 hingga 4 Oktobr 2010
Tempat: Kem Rimba Templer Rawang, Selangor
Bayaran RM 70.00
Syarat pentertaan: -
Peserta kursus hendaklah berumur 25 tahun keatas, telah menghadiri Kursus MK 3.1 P. kelana dan XPDC 60km.

Peserta dari PPM Johor yang mengikuti kursus ini sila mohon mengikut saluran tertentu - Tulis surat kepada Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Johor untuk makluman/sokongan PLNJ.

Thursday, September 2, 2010

Jamuan Berbuka Puasa ERC & Terbuka 35

35Tarikh
7 September 2010 (Selasa)
Tempat
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Masa
6.00 petang
(Ahli ERC akan kumpul di kabin dan bergerak ke bazaar)
Bayaran
RM 8.00