My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, June 30, 2009

26th Asia-Pacific Regional Scout Jamboree


Tarikh
28 Disember 2008 - 3 Januari 2009

Tempat

Philippine Scouting Center for Asia-Pacific Region,
Mt. Makiling, Laguna, Philippines

Tema Jambori

"Scouts: Creating a Better World"
Penyertaan

Unit P. Muda/ Remaja/ Kelana & Pemimpin

Yuran Penyertaan

USD 200.00

(Makan minum, Transport dari Manila ke Kem, Aktiviti dsb)

Keterangan lanjut klik Disini

Wednesday, June 24, 2009

Berkhidmat Di Perkhemahan Kokorikulum SMKPG 3

Pada 19 hingga 21 Jun 2009, Seramai 12 orang ahli Pasukan Pengakap laut 35 dan ERC telah dijemput membantu menjayakan aktiviti Perkhemahan Kokurikulum yang diadakan di padang Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 3. Seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri dari 9 unit beruniform di sekolah berkenaan. Antara aktiviti dijalankan ialah sessi ice breaking, pertandingan memasak cara rimba, Kawad kaki, aktiviti Teambuilder, Night Xplore Race, pertandingan persembahan Malam Kebudayaan, Sukaneka dan sebagai. Turut hadir membantu mengendalikan aktiviti ialah dari PBSMM Johor yang mengadakan latihan PC dan simulasi menyelamat. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Ariff bin Ayob selaku Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan.

Suasana kawasan perkhemahan

Antara peserta selepas pertandingan memasak

Aktiviti ikatan dan simpulan

Para peserta perkhemahan bergambar bersama

Tuesday, June 23, 2009

Konvoi Amal Bermotor Gabungan Pemuda Tmn Air Biru

Tarikh
27 hingga 28 Jun 2009
Tempat
Bermula dari Perjiranan 9, P.Gudang hingga
Titian Resort, Tanjung Sepang, Kota Tinggi

Penyertaan
Berumur 18 tahun keatas
Ada lesen, road tax dan insurans
Keselamatan motor dlm keadaan lengkap
Bayaran
F.O.C (makan, minum, penginapan, t-shir & stiker)

Berminat hubungi En. Norhazli (0106623255), En. Faiz (019-7793897)

Tuesday, June 16, 2009

Khidmat Kendarat Perkahwinan Serv 52

Pada 7 Jun 2009, Pasukan Kendarat Kumpulan 35 dan ERC telah menjalankan khidmat kendaratnya di rumah anak perempuan En. Sham bin Sujai, salah seorang anggota Jawatankuasa Kehormat Pasukan 35 terbuka dan ERC. Seramai 18 orang ahli pengakap diketua oleh Pn. Eliza bt Moktar terlibat dalam khidmat ini. Seperti biasanya pasukan kendarat bertugas di bahagian waiter dan catering waiter. Kendarat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Thursday, June 4, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Sabtu 30 Mei 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC diketuai oleh Sdra Azizi telah menghantar seramai 10 org wakil bagi menyertai program diatas anjuran Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi (DeVIT) Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) dengan kerjasama JKP Zon Tmn Air Biru 2 dan Kawasan Rukun Tetangga RPP1. Seramai lebih 50 org peserta terdiri dari para penduduk RPP1 terlibat dalam gotong royong ini. Program ini dirasmikan oleh En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Zon Tmn Air Biru 2. Turut hadir ialah En. Ariffin selaku wakil dari MPPG dan En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Sebelum gotong royong dijalankan, para peserta diberi taklimat tentang bahaya nyamuk Aedis/Denggi dan Chikugunya serta berkenaan kesihatan yang lain oleh wakil Pegawai Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru. Ahli pengakap bersama para peserta gotong royong dijalankan dalam 2 pasukan. Peserta lebih menumpukan kepada pembasmian tempat2 pembiakan Aedis yang dibantu oleh beberapa Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah JB. Peserta kemudian berkumpul kembalai untuk makan tengahari dan bersurai. Program ini bermula pada jam 8.45 pg hingga 12.00 tengahari. Pasukan Pengakap 35 dan ERC mendapat pengiktirafan sebagai pasukan GO paling aktif dalam kegiatan komuniti di kawasan Zon Taman Air Biru 2 oleh Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2.

En. Sabapathy selaku Ahli Majlis MPPG memberikan ucapanya

Antara penghuni yang sedang menjalankan kerja
membasmi tempat pembiakan Aedis

Ahli Pengakap juga sedang menjalankan operasi membasmi
tempat pembiakan Aides

Antara kumpulan ahli pengakap 35 yang mengikuti
program ini