My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, December 28, 2011

Cuti Umum Bagi Negeri Johor 2012

Photobucket

Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.

Tuesday, December 13, 2011

2nd ERC One Night Stand Gathering

Pada 10 hingga 11 Disember 2011, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Pertanian Kongkong Laut, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang ahli ERC dan Terbuka 35 lama dan baru hadir dalam program ini. Program ini merupakan kali ke dua diadakan bagi mengabungkan kembali ahli - ahli baru dan lama sambil beramah mesra antara satu sama lain. Selain mengadakan BBQ, diadakan juga aktiviti - aktiviti permainan bagi mengisi pengisian program ini.

Photobucket
Taklimat diberi oleh En. Norhazli

Photobucket
Ketika membakar BBQ

Photobucket
Otai - otai ERC

Photobucket
Antara aktiviti lapang dijalankan

Photobucket
Kecomelan yang terselah

Photobucket
Bersiar - siar sekitar Taman Pertanian

Thursday, December 1, 2011

Monday, November 28, 2011

Jambori Malaysia Ke 12 & Terengganu International

Pada 19 hingga 25 November 2011, En. Khairul Fahmi bersama dengan 500 orang peserta dari Kontinjen Negeri Johor telah mengikuti program diatas yang diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu diketuai oleh Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim, ASC Johor. Seramai hampir 10,000 orang peserta terdiri dari pengakap seluruh Malaysia dan lebih kurang 13 buah negara luar seperti Indonesia, Thailand, Mesir, Sri Langka, Jepun, New Zealand dan Nepal. Ia dirasmikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan Penaung Utama PPM.

Berbagai aktiviti berbentuk pangkalan dibahagikan kepada 5 jenis iaitu aktiviti di air, lasak, lawatan, kraftangan dan permainan tradisional. Antara aktiviti yang menarik ialah Flying Fox, Abseiling, paintball shooter, lawatan ke Masjid Kristal, rempuh halangan dan aktiviti air seperti kayak dan berakit. Selain itu juga terdapat beberapa acara lain dijalankan seperti Malam INDABA dan Gilwell Reunion, Perjumpaan Kelana dan ATAS, Forum perdana, pertandingan karaoke dan persembahan kebudayaan.

Kontinjen Johor telah mengadakan majlis jamuan kontinjen dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Hj Kaharuddin Momin, Ketua Pesuruhjaya Negara dan juga lawatan rasmi YB. Dato' Seri Dr Hj Mohd Shafie Salleh, Ketua Pengakan Negara. Majlis penutup Jambori disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu.

Photobucket
Suasana kawasan perkhemahan Kontinjen Johor

Photobucket
Pintu Gerbang Kontinjen Negeri Johor

Photobucket
Majlis Perasmian Jambori oleh DYMM SPB
Yang Dipertuan Agong

Photobucket
Pramuka Indonesia segak bergaya di Jambori

Photobucket
Lawatan Ketua Pengakap Negara ke Kontinjen
Negeri Johor

Photobucket
Walaupun hujan, peserta jambori tetap ceria
mengikuti aktivitinya

Photobucket
Aktiviti menara Abseiling

Photobucket
Aktiviti paintball shooter

Photobucket
Y.Bhg Datuk Hj Kaharuddin melakar sejarah
sebagai Ketua Pesuruhjaya Negara pertama
terjun Flying Fox

Photobucket
Aktiviti menyeberang di air

Photobucket
Antara pintu gerbang yang terbaik di jambori

Photobucket
Semasa Malam Gilwell Reunion Hehehehe

Sunday, November 27, 2011

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia Berkuatkuasa

Photobucket

Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.

Saturday, November 26, 2011

Monday, October 17, 2011

Berkhidmat Di Kursus Ikatan Simpulan Unit Beruniform SKKP 4

Pada hari Sabtu 15 Oktober 2011, 2 orang pemimpin ERC En. Norhazli dan En. Khairul Fahmi bersama dengan Pn. Maslinda - Pen. Pesuruhjaya Daerah JB Zon Pasir Gudang selaku Ketua Jurulatih serta En. Rizal - Pengakap Raja dijemput sebagai jurulatih ikatan dan simpulan di kursus diatas anjuran Unit Koko Sek. Keb. Kota Puteri 4, Masai bertempat di dewan sekolah berkenaan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, October 12, 2011

Kem Sukan MILO " Play More Learn More "

Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 & Echo Rovers Crew (ERC) telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Setiausaha Sulit YB Ahli Parlimen Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG. merangkap Penaung Kumpulan 35 (t) & ERC Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.

Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Pengerusi KRT RPP1 merangkap Pengerusi JK Kehormat Kumpulan 35 (t) & ERC.

Photobucket
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah
bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam
klinik bola

Photobucket
Pertandingan bola jaring

Photobucket
Pertandingan bola sepak

Photobucket
Antara pegawai sukan dari ERC yang
membantu
menjayakan kem sukan ini

Photobucket
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini

Photobucket
Makan banyak - banyak, nanti petang kena
sambung
tugas

Saturday, October 1, 2011

Salam Takziah

Ucapan takziah kepada En. Norhazli - Ketua Pemimpin ERC & Keluarga dimana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Jumaat 30 September 2011 Masihi persamaan 2 Zulkaedah 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Amin.

Monday, September 26, 2011

KEM SUKAN MILO " Play More Learn More "

Photobucket


Dina Sports bersama dengan Echo Rovers Crew, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 akan mengadakan program diatas sepertimana ketetapan dibawah:

Tarikh: 9 Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Padang MPPG Mawar, Pasir Gudang
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Maklumat Lanjut Pertandingan :Klik Disini

Saturday, September 17, 2011

Saturday, September 10, 2011

Jambori Kebangsaan Malaysia Ke 12

Photobucket

- Yuran Penyertaan : RM 300 (Jambori Kitt, lawatan, makan minum & pengangkutan)
- Pendahuluan : RM 200.00
- Berminat hubungi SM. Fahmi sebelum 20 September 2011
- Maklumat Lanjut Klik Pada Poster Ini

Wednesday, August 17, 2011

8th ERC Ramadhan Gathering

Pada hari Sabtu 13 Ogos 2011, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Bamboo Cafe Scientex, Pasir Gudang. Seramai 15 orang ahli ERC dan Pemimpin hadir dalam pertemuan ini dan berbuka puasa bersama - sama. Selain itu juga diadakan perbincangan untuk program akan datang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket