My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Kursus Pertanian Bandaran Siri 2

Pada Sabtu 26 Oktober 2013, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 34 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Zon MPPG Air Biru 2 dan NGO menyertai kursus ini. En. Khairul Fahmi, Pemimpin ERC telah dilantik sebagai Pengarah Program kursus pada kali ini.

Turut hadir ialah Pn. Zanariah, Ketua Jabatan Landskap MPPG, Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2013 dan 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan Laman Dapur dimana para peserta diajar cara menanam pokok mengunakan teknik Hidroponik dan Piskiponik. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1.30 petang.

 photo 100_6414_zpsb8d1098c.jpg

 photo 100_6418_zps27321bcd.jpg

 photo 100_6744_zps04f7007f.jpg

 photo 100_6847_zps866ea242.jpg

 photo 100_6460_zps5580e1d8.jpg

 photo 100_6851_zps1c54f89a.jpg

 photo 100_6867_zpsc72b7f91.jpg

 photo 100B6810_zps2a13e932.jpg

 photo 100_6877_zpsc47b756b.jpg

 photo 100_6906_zpsb793d496.jpg

Tuesday, September 10, 2013

Kursus Pertanian Bandaran Siri 1

Pada Sabtu 7 September 2013, En. Khairul Fahmi, Pemimpin ERC mewakili ERC bagi menyertai kursus diatas anjuran Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 25 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Zon MPPG Air Biru 2 dan NGO menyertai kursus ini yang merupakan perintis bagi MPPG memperkenalkan teknik-teknik penanaman, pembiakan pertanian dan sebagainya.

Turut hadir ialah Pn. Zanariah, Ketua Jabatan Landskap MPPG dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan secara berperingkat mulai September hingga Disember 2013 dan pada kursus kali ini diajar cara pembiakan tanaman mengunakan kaedah tut, matatunas dan baji. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1.00 petang.

 photo 100_6004_zps471f7f2f.jpg

 photo 100_6000_zpsc86a8713.jpg

 photo 100_6007_zps91d108e9.jpg

 photo 100_6123_zpse046cebd.jpg

 photo 100_6135_zps4233c807.jpg

 photo 100_6140_zps11f5246c.jpg

 photo 100_6174_zps45fa3e55.jpg

 photo 100_6195_zps48c22563.jpg

Sunday, January 29, 2012

3rd ERC Scoutmasters Trip (PG - Cherating - Gambang - PG)

Pada 22 hingga 24 Januari 2012, Majlis Pemimpin ERC telah mengadakan program diatas sempena cuti Tahun Baru Cina. Seramai 4 orang pemimpin bersama dengan individu dan keluarga masing - masing mengikuti trip menaiki sebuah kereta dan sebuah van yang bermula dari Pasir Gudang pada 22 Januari jam 9.00 pagi ke Cherating, Pahang kemudian ke Gambang, Pahang dan kembali semula ke Pasir Gudang. Antara tempat - tempat menarik yang dilalui seperti pantai Nenasi, pantai Kg Soi, Bandar Pekan dan Kuantan serta Pusat Peranginan dan Pantai Cherating.

Selain pantai, Para pemimpin ERC turut berhenti di beberapa Hutan Lipur iaitu Beserah, Sungai Pandan dan Bekelah di Gambang, Pahang bagi menikmati persekitaran semulajadi. Antara aktiviti yang dijalankan seperti hikking ke gua Beserah serta meneroka gua tersebut dan hikking ke air terjun tingkat 2 Hutan Lipur Bekelah. Para peserta selamat sampai ke Pasir Gudang pada 24 Januari jam 9.00 malam.

Photobucket
Pembangunan Bandar Kuantan, Pahang

Photobucket
Suasana meriah Pantai Cherating, Pahang

Photobucket
Taman Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang

Photobucket
Posing kat Pusat Jagaan Telur Penyu
di Cherating

Photobucket
Chalet tempat kitaorang duduk

Photobucket
Tak puas mandi pantai dan air terjun, kolam
pun kitaorang terjun

Photobucket
Lepas - lepas mandi kat Hutan Lipur Berserah

Photobucket
Merangkak dalam Gua Berserah

Photobucket
Suasana air terjun Hutan Lipur Sungai Pandan
di Gambang, Pahang

Photobucket
Berehat selepas mandi di Hutan Lipur Bekelah
sebelum balik semula ke Pasir Gudang

Wednesday, June 22, 2011

Gotong Royong Perdana MPPG 2011

Photobucket

Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.

ERC bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.

Photobucket
Suasana gotong royong

Photobucket
Ahli Pengakap 35 & ERC turut sama menyertai
gotong royong ini


Photobucket
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang
menanam pokok cempaka, bunga rasmi
MPPG

Photobucket
En. Norhazli, Ketua Pemimpin ERC turut terlibat
dalam program penanaman pokok

Photobucket
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh
YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang
Pengerusi JKP Zon Air Biru 2

Wednesday, August 19, 2009

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 10 orang Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi menjayakan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua masyarakat dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

VIP termasuk YDP Pasir Gudang

Suasana meriah kempen berkenaan

Aktiviti Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak - kanak

Antara ahli 35 dan ERC yang terlibat dalam kempen ini.

Salah satu acara sukaneka yang dipertandingkan