My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, April 13, 2011

Berkhidmat Di Kendarat Perkahwinan Serv 57

Photobucket

Pada Ahad 10 April 2011, Pasukan Kendarat 35 dan ERC menjalankan khidmat kendaratnya di Dewan KILAT TNB Quartes Pasir Gudang. Seramai 12 orang ahli pengakap terlibat dalam khidmat ini yang diketuai oleh En. Norhazli - Ketua Pemimpin Kumpulan.


Turut diberi penghormatan oleh keluarga pengantin kepada anggota kendarat bagi bersama - sama mengiringi pengantin dimana anak dari tuan rumah, sdra Hazini Hussin merupakan bekas anggota ERC. Kendarat bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Photobucket
Suasana Majlis Perkahwinan

Photobucket
En. Norhazli sedang menjalankan kerja
tengok lauknya

Photobucket
Antara gelagat ketika bertugas

Photobucket
Barisan ahli pengakap 35 sedang menyambut
ketibaan pengantin

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Peringkat 1 Unit PR

Pada 8 hingga 10 April 2011, En.Khairul Fahmi dijemput sebagai jurulatih di kursus diatas yang diadakan di Blok P23 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia Skudai anjuran KLKM UTM. Seramai 17 orang peserta dari UTM dan pemimpin dari daerah - daerah dalam negeri Johor menyertai kursus ini yang diketuai oleh En. Ng Cheng Tong, Penolong Jurulatih Kebangsaan.

Antara sidang yang diberi ialah Asas kepengakapan, skim latihan Pengakap Remaja, Pengurusan Kumpulan, Kemahiran dan sebagainya. Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh En. Abd Rahim bin Mohamad- Pesuruhjaya Daerah KLKM UTM Skudai.

Photobucket
Peserta kursus Manikayu Pengenalan & Peringkat 1
Pengakap Remaja

Photobucket
Praktikal Ikatan & Simpulan Remaja

Photobucket
En. Fahmi sedang menyampaikan ceramahnya

Photobucket
Penerangan dari Ketua Kursus

Photobucket
Aksi persembahan peserta

Photobucket
En. Abd Rahim - Pesuruhjaya KLKM UTM sedang
menyampaikan ucapan penutup kursus

Friday, April 1, 2011

Projek Penambahan Pusat Komuniti RPP1

Lebih setahun menunggu akhirnya projek pembinaan tambahan Pusat Komuniti RPP1 yang juga merupakan pusat kegiatan kumpulan mula dibina dan dijangka siap dalam masa 6 minggu. Bangunan tambahan hasil dari peruntukan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Apabila siap ianya memiliki ruang dewan terbuka yang lebih luas memudahkan lagi kita menjalankan kegiatan dan perjumpaan.

Photobucket
Pekerja kontraktor sedang memasang besi kerangka
untuk tapak asas


Photobucket
Kerja kena rajin sebab kena siap dalam 6 minggu

Photobucket
Suasana tapak asas dihadapan Pusat Komuniti RPP1

Photobucket
Lubang untuk tapak asas dewan