My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, October 17, 2012

Mini Karnival & Hi Tea Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang

Pada Sabtu 13 Oktober 2012, ERC dijemput hadir ke program diatas anjuran Koperasi Seri Cempaka yang diwakili oleh En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan bersama dengan Tuan Haji Sabran Awang - Tim. Pengerusi Kehormat Kumpulan yang diadakan di Aras 3 Menara Aqabah, Pasir Gudang. Hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya dan Tuan Haji Onn bin Jabbar@ Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dalam majlis ini turut diadakan majlis pelanccaran logo Koperasi Seri Cempaka oleh YB Dato' Seri. Beberapa acara menarik diadakan seperti cabutan nombor bertuah, kerusi beracun, tiru macam saya dan sebagainya. Majlis jamuan juga diselitkan dengan persembahan keroncong dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tarian kebudayaan dari Warisan Johor. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen PG

Photobucket
Antara kehadiran tetamu

Photobucket
En. Fahmi bersama dengan Tuan Haji Sabran Awang
Tim. Pengerusi Kehormat Kumpulan

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Ahli Parlimen PG

Photobucket
Pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka

Photobucket
Persembahan keroncong dari MPPG

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori lelaki

Wednesday, October 10, 2012

Kendarat Kahwin Serv 60

Pada Ahad 7 Oktober 2012, Pasukan kendarat ERC telah menjalankan perkhidmatanya di Majlis Perkahwinan di Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli terlibat dalam kendarat ini yang diketuai oleh En. Norhazli Mohamad Ketua Pemimpin Kumnpulan. Kendarat ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket