My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Saturday, November 27, 2010

Khidmat Sukarelawan Di Sukan Air Tg Langsat

Photobucket
Ahli ERC dan 35 berminat hubungi En. Khairul Fahmi - 017-7069151

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM/ STPM

Kami disini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli pengakap remaja kumpulan 35 terbuka serta ahli ERC upper 6 khasnya dan kepada ahli pengakap remaja/kelana seluruh Malaysia amnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi remaja yang berguna akan datang.

Saturday, November 20, 2010

Friday, November 19, 2010

Agihan Daging Lembu Korban Oleh Pemimpin ERC Sempena Hari Raya Aidiladha

Pada 17 November 2010 bertepatan dengan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, En. Norhazli bin Mohamad - Ketua Pemimpin ERC dan En. Khairul Fahmi - Pemimpin ERC telah membuat edaran daging korban kepada mereka - mereka yang kurang mampu, ibu tunggal, OKU dan anak yatim disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Daging korban adalah hasil sumbangan dari Surau Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1

Tuesday, November 16, 2010

Krs Manikayu Pengenalan/Peringkat 1 PKK & Kempori PKK Daerah Kulaijaya

Photobucket

En. Khairul Fahmi telah dijemput sebagai jurulatih di kursus diatas yang diadakan 11 hingga 14 November 2010 bertempat di Sek. Men. Tinggi Foon Yew Kulai. Seramai 34 orang pemimpin PKK dari beberapa daerah di negeri Johor menyertai kursus ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah - Pengerusi Latihan Negeri Johor. Ketua kursus bagi Pengenalan ialah Cik See Kwai Liang - ADC Segamat dan peringkat 1 diketuai oleh En. Ng Cheng Tong - Johor Bahru.

Pada masa yang sama Pasukan Pengakap Kumpulan 66 Kulaijaya SM Foon Yew kulaijaya menganjurkan Kempori PKK daerah Kulaijaya yang diadakan di tempat yang sama. Seramai hampir 400 orang PKK dari beberapa daerah di negeri Johor hadir menyertai kempori ini yang juga julung kali di adakan di daerah Kulaijaya. Antara aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti base tarian, kawad. ikatan, flying fox, mongkey bridge, sukan, permainan dan berbagai lagi. majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi Kursus manikayu dan Kempori disempurnakan oleh Tn. Hj. yaacob bin Karim - Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Turut hadir ialah En. Ramli bin Sharip - Pemangku Pesuruhjaya Daerah Kulaijaya.

Photobucket
Peserta kursus sedang mendengar sessi modulnya

Photobucket
Penyampaian persembahan terbaik oleh Ketua
Kursus Mk Peringkat 1

Photobucket
Peserta MK juga berpeluang mencuba menyeberangi
Mongkey Bridge

Photobucket
Perasmian simbolik kursus Mk yang disempurnakan
oleh Tn. Hj. Ibrahim Abdullah - Pengerusi PLNJ

Photobucket
Aktiviti base kawad kaki

Photobucket
Peserta MK sedang mengendalikan campfire untuk
Kempori PKK

Photobucket
Kemeriahan peserta PKK di Malam campfire

Photobucket
Aktiviti base panjat menara

Photobucket
Aktiviti Base - Flying Fox

Photobucket
Aktiviti base - Tarian Hutan

Photobucket
Ketibaan Tn. Hj. Yaacob Karim bersama Tn. Hj. Ibrahim
dan VIP yang lain

Saturday, November 6, 2010

Buku Skim Latihan Pengakap Terbitan Terbaru

IBUPEJABAT PPM - Buku Skim Latihan Pengakap PK, PR, PM, PKK sudah diterbitkan dan diluluskan oleh PPM. Buku ini telah diubahsuai mengikut semasa dan dikemaskini. Buku unit P.Laut, Unit Udara sedang disemak semula.

Terima kasih kepada Bahagian Latihan Negara dan Teknikal yang mengubahsuai dan perbaiki sepadan dengan Lencana terbaru PPM. Boleh dapatkan buku tersebut dari Hj Ibrahim Abdullah - Pengerusi Latihan Johor 013-7014105 atau di Scoutshop JB ( Klik Sini )

~ Sumber dari Blog PLNJ

Buku Skim Latihan Unit Pengakap Remaja

Buku Skim Latihan Unit Pengakap Muda

Buku Skim Latihan Unit Pengakap Kanak - Kanak

Thursday, November 4, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Negeri Johor

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Peringkat 1
Unit PKK PLD Kulai

Tarikh: 11 hinnga 14 November 2010
Tempat: Sek. Men. Tinggi Foon Yew Kulai, Kulai
Bayaran RM60.00
Keterangan lanjut : En. Ng Chent Tong - 019-7736228

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1

Unit PKK/PM PLD Kluang

Tarikh: 20 hinnga 22 November 2010
Tempat: Taman Rekreasi Sg Temenggol Kahang Kluang
Bayaran RM60.00
Keterangan lanjut: Hubungi DC Kluang

Selamat Menyambut Hari Deepavali dari Echo Rovers Crew

Photobucket

Monday, November 1, 2010

Taklimat & Mesyuarat Program Jawatankuasa ERC

Pada Sabtu 30 Oktober 2010, satu mesyuarat dan taklimat perancangan program ERC bagi tahun 2011 yang telah diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 9 orang terdiri dari pemimpin dan ahli jawatankuasa ERC hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Norhazli Mohamad - Ketua Pemimpin ERC. Mesyuarat ini bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 7.00 petang

Photobucket
Antara Pemimpin & AJK ERC yang hadir

Photobucket
En. Norhazli memberikan taklimat berkenaan perogaram
ERC tahun 2011

Photobucket
Perhatian di tumpukan

Taklimat & Tunjuk Cara Ikatan Simpulan Bagi Pelajar Pasca PMR

Pada 29 Oktober 2010, En. Khairul Fahmi - Pemimpin ERC telah dijemput oleh Sek. Men. Keb. Seri Alam 2 bagi mencapaikan taklimat diatas untuk pelajar - pelajar lepasan PMR sekolah berkenaan yang diadakan di bilik Muzik SMK Seri Alam 2. Seramai lebih 50 orang pelajar terlibat dalam taklimat ini. Taklimat ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.