My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Friday, May 22, 2009

Khidmat Kendarat Perkahwinan Serv 51

Pada hari Ahad 17 Mei 2009, Pasukan 35 terbuka dan ERC telah menjalankan khidmat kendarat majlis Perkahwinan yang diadakan di Kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang. Seramai 12 orang ahli hadir diketuai oleh Pn. Eliza Mokhtar dalam membantu menjayakan majlis tersebut. Majlis Perkahwinan ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang


.

Thursday, May 14, 2009

Kembara Pulau Kali Ke 6 & Perkhemahan ERC kali ke 5

Pada 9 hingga 11 Mei 2009, Echo Rovers Crew telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pulau Hujung, Mersing, Johor. Seramai 10 orang ahli ERC mengikuti program ini diketua oleh Sdra Azam bin Omar. Peserta Kembara bertolak dari Pasir Gudang ke Mersing menaiki kenderaan dan menaiki bot dari jeti Mersing ke Pulau Hujung. Ini merupakan pertama kali ERC menjejakan kaki ke pulau ini setelah berjaya menjalankan kembara di Pulau Besar dan Tengah yang merupakan 3 pulau serangkai di Mersing. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengembara mengelilingi pulau sambil mengharungi halangan dan cabaran, aktiviti memancing, ilmu hutan dan malam BBQ. Peserta bergerak pulang dari pulau jam 12.00 tghari dengan menaiki bot kembali ke jeti Mersing dan akhirnya selamat tiba di Pasir Gudang pada jam 4.00 petang.

Posing kat bot sebelum bertolak ke Pulau Hujung

Semasa Kembara Keliling Pulau

Berehat selepas penat memancing

Kejernihan air laut di Pulau Hujung

Pulau Hujung, Salah satu dari 3 pulau serangkai
Mersing Johor

Monday, May 4, 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu Negeri Johor

KURSUS MANIKAYU PENERANGAN & PERINGKAT 1
Tarikh

8 hingga 10 Mei 2009
Hari
Jumaat hingga Ahad
Tempat
Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Manikayu Unit
PKK & PMuda
Penyertaan
Pemimpin & Pen. Pemimpin Kump. Pengakap
Anjuran
Pasukan Latihan daerah Batu Pahat

Berminat bolehlah menghubungi DC Batu Pahat (012-6522247)
*******************************

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT III (A)
Tarikh
12 hingga 14 Jun 2009
Tempat
Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Manikayu Unit
PKK/ P.Muda & P.Remaja
Penyertaan
Pemimpin yg telah menghadiri
MK Peringkat II
Anjuran
Pasukan Latihan Negeri Johor

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT III (B)
Tarikh
30 Julai hingga 2 Ogos 2009
Tempat
Sama seperti diatas
Manikayu Unit
Sama seperti diatas
Penyertaan
Pemimpin yg telah menghadiri
MK Peringkat III (A)
Anjuran
Sama seperti diatas

Berminat bolehlah menghubungi PPNJ Latihan (013-7014105)