My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, April 28, 2010

KFC Johor Open Reggatta 2010

Tarikh
1 hingga 2 Mei 2010
Tempat
Pantai Pasir Layar, Tg Langsat, P.G
Bayaran
F.O.C (Makan minum disediakan)

Semua ahli pengakap 35 dan ERC yang ingin berkhidmat
sebagai petugas boleh menghubungi En. Norhazli/ En. Fahmi
013-7003313/ 017-7069151

Tuesday, April 27, 2010

Kursus Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Zon Selatan


Pada 23 hingga 25 April 2010, En. Khairul Fahmi mewakili ERC dan Terbuka 35 ke kursus diatas anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Seramai 87 orang peserta terdiri dari guru sekolah/MRSM, pengerak belia daerah/parlimen dan badan NGO dari 3 negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai kursus. Kursus ini dirasmikan oleh Y.B Hj Md Jais bin Sarday, Exco Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor.

Kursus ini dijalankan bagi melatih pemimpin - pemimpin ARPRM dalam pengendalikan Badan Operasi (BO) ARPRM serta mempergiatkan lagi penubuhan - penubuhan baru BO diseluruh 3 negeri. Majlis penutup dan penyampaian sijil tauliah pemimpin ARPRM disempurnakan oleh En.Nordin bin Ramlan, Ketua Unit Kokurikulum Negeri Johor bagi mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Johor.

Suasana di dewan ceramah

Ketibaan Exco Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor
di majlis perasmian

Salah seorang penceramah khas ARPRM yang dijemput
dari Kelantan

Khusyuk para peserta mendengar sessi ceramah

Sessi Bengkel LDK

VVIP dimasa majlis penutup kursus

Antara peserta yang riang gembira setelah tamat kursus

Monday, April 26, 2010

Arahan Pembelian Lencana Edisi Terbaru

Pembekal Lencana Pengakap Edisi Baru, PPM Johor dan Pengerusi Latihan Negeri Johor telah memberi kebenaran kepada En Ng Cheng Tong (Scoutshop JB) bagi menjual lencana tersebut.

Berikut adalah sebutharga Lencana Edisi Baru:-

Lencana Kemajuan PKK= (Gagsa/Perak/Emas) =RM2.00 satu
Lencana Wajib PKK (Basikal/Berenang)=RM1.50 satu
Lencana Kepandaian PKK=RM1.50 satu

Lencana Kemajuan PM (Usaha/Maju/Jaya)=RM2.00 satu
Lencana Kepandaian PM =RM1.50 satu

Lencana Pengakap Remaja 5 Tertinggi=RM2.50 satu

Lencana Pengakap Kelana=RM3.00 satu

Lencana Kecil PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA RM6.00 satu

Semua RAMBU PKK/PM/PR harga RM8.00 satu

Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,S emua Pesuruhjaya Daerah, Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Pengakap /LembagaPenguji Lencana Daerah sahaja layak membeli lencana yang tersebut diatas. Minta kerjasama tuan/puan sekiranya ada didapati Kedai-Kedai menjual Lencana-Lencana Pengakap edisi baru ini dimaklumkan kepada pembekal PPM Johor segera, Terima kasih diatas perkhidmatan tuan/puan untuk menjaga imej PPM Johor.

Untuk tempahan bolehlah klik disini - Scoutshop JB

~ Sumber dari Blog PLNJ

Wednesday, April 21, 2010

Jemputan Ke Kursus Ikatan Simpulan & Kawad Tongkat PPM Pontian

Pada 16 hingga 18 April 2010, En. P. Khairul Fahmi dijemput khas sebagai jurulatih kursus oleh Pengakap Daerah Pontian ke kursus diatas anjuran PPM Daerah Pontian yang diadakan di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Komplek Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai lebih 60 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja dari kumpulan - kumpulan pengakap sekitar daerah Pontian menyertai kursus ini.

Kursus ini dijalankan bagi melatih ahli pengakap dalam ilmu ikatan dan simpulan dalam skim latihan pengakap serta latihan kawad tongkat bagi persediaan ahli pengakap ke ujian Pengakap Raja tahun hadapan. Selain itu diadakan juga aktiviti kembara malam dan ceramah Rakan Muda serta Anugerah Remaja Perdana. majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Azhar bin Nor Rahman, Pesuruhjaya daerah Pontian.

Peserta sedang mendengar taklimat dari Kem Komandan

Suasana peserta di dewan ceramah

Latihan base kawad tongkat

En. Fahmi sedang mengajar simpulan pada peserta

Khusyuknya para peserta menyiapkan ikatanya

Persembahan Malam Kebudayaan oleh Kelana D Pontian

Kembara Malam pusing - pusing kampung

En. Azhar, Pesuruhjaya Daerah Pontian sedang menyampaikan
sijil kepada peserta semasa penutup kursus

Saturday, April 17, 2010

Lencana Kemajuan Pengakap Versi Baru Telah Diluluskan

IBUPEJABAT-15April. Mesyuarat Teknikal PPM telah meluluskan membeli dan memakai lencana baru mulai hari ini.Pesuruhjaya Latihan Negara,Tuan Hj Shukor Mohsin berharap semua pemimpin dapat menguji pengakap dan menggunakan lencana dengan betul

Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan

~ Sumber dari Blog PLNJ

Thursday, April 15, 2010

Tahniah, Tahniah, Tahniah

Pn. Eliza Pemimpin Kumpulan 35 telah selamat melahirkan anak sulongnya pada 14 April 2010 jam 11.30 mlm di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Tahniah kami ucapkan kepada En. Norhazli, Ketua Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC kerana menerima cahaya matanya. Semoga anda sekeluarga sejahtera dan harmoni dengan kehadiran cahaya mata tersebut.

~ Dari kami Majlis Pemimpin serta Ahli ERC & Terbuka 35

Tuesday, April 13, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PPM Pontian

Pada 9 hingga 11 April 2010, 2 orang anggota ERC telah mengikuti kursus diatas anjuran Pasukan Latihan Daerah Pontian bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai 23 orang peserta mengikuti kursus ini bersama dengan 10 orang jurulatih dan pembimbing. Kursus ini dijalankan serentak 3 unit yang masing - masing diketuai oleh

Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris

Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng

Ketua Kursus M
K Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid

Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketu
a Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Aktiviti Berpangkalan - Kawad kaki & Tongkat

Satu lagi aktiviti pangkalan - Ikatan dan Simpulan

Para peserta sedang mendengar ceramah dari jurulatih

Sessi pembentangan LDK

Istiadat pagi

Semasa Majlis Jamuan Teh PPRMNJ

Monday, April 5, 2010

Penyerahan Sijil/ Lencana Pengakap Raja Tahun 2008/2009 Sahaja

Sukacitanya dimaklumkan iaitu Sijil/Lencana Pengakap Raja 2008/2009 boleh diambil pada

Tarikh : 16 hingga 18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Masa : 11.00 pg - 4.00 ptg.

Diminta ANDA sendiri yang datang mengambilnya ATAU jika diwakilkan Ibubapa/DC anda, anda mesti menulis surat kepada saya menyatakan Ibubapa/DC mewakilkan untuk mendapatkan sijil/lencana Pengakap Raja.

Diatas kerjasama tuan/puan/encik/pemimpin anda semua diucapkan terima kasih.
Jika ada apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini,sila hubung Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor.

~ Artikel dari Blog PLNJ