My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, April 27, 2010

Kursus Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Zon Selatan


Pada 23 hingga 25 April 2010, En. Khairul Fahmi mewakili ERC dan Terbuka 35 ke kursus diatas anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Seramai 87 orang peserta terdiri dari guru sekolah/MRSM, pengerak belia daerah/parlimen dan badan NGO dari 3 negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai kursus. Kursus ini dirasmikan oleh Y.B Hj Md Jais bin Sarday, Exco Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor.

Kursus ini dijalankan bagi melatih pemimpin - pemimpin ARPRM dalam pengendalikan Badan Operasi (BO) ARPRM serta mempergiatkan lagi penubuhan - penubuhan baru BO diseluruh 3 negeri. Majlis penutup dan penyampaian sijil tauliah pemimpin ARPRM disempurnakan oleh En.Nordin bin Ramlan, Ketua Unit Kokurikulum Negeri Johor bagi mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Johor.

Suasana di dewan ceramah

Ketibaan Exco Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor
di majlis perasmian

Salah seorang penceramah khas ARPRM yang dijemput
dari Kelantan

Khusyuk para peserta mendengar sessi ceramah

Sessi Bengkel LDK

VVIP dimasa majlis penutup kursus

Antara peserta yang riang gembira setelah tamat kursus

No comments: