My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, April 21, 2010

Jemputan Ke Kursus Ikatan Simpulan & Kawad Tongkat PPM Pontian

Pada 16 hingga 18 April 2010, En. P. Khairul Fahmi dijemput khas sebagai jurulatih kursus oleh Pengakap Daerah Pontian ke kursus diatas anjuran PPM Daerah Pontian yang diadakan di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Komplek Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai lebih 60 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja dari kumpulan - kumpulan pengakap sekitar daerah Pontian menyertai kursus ini.

Kursus ini dijalankan bagi melatih ahli pengakap dalam ilmu ikatan dan simpulan dalam skim latihan pengakap serta latihan kawad tongkat bagi persediaan ahli pengakap ke ujian Pengakap Raja tahun hadapan. Selain itu diadakan juga aktiviti kembara malam dan ceramah Rakan Muda serta Anugerah Remaja Perdana. majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Azhar bin Nor Rahman, Pesuruhjaya daerah Pontian.

Peserta sedang mendengar taklimat dari Kem Komandan

Suasana peserta di dewan ceramah

Latihan base kawad tongkat

En. Fahmi sedang mengajar simpulan pada peserta

Khusyuknya para peserta menyiapkan ikatanya

Persembahan Malam Kebudayaan oleh Kelana D Pontian

Kembara Malam pusing - pusing kampung

En. Azhar, Pesuruhjaya Daerah Pontian sedang menyampaikan
sijil kepada peserta semasa penutup kursus

No comments: