My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Sunday, July 28, 2013

10th ERC Ramadhan Gathering 2013

Pada hari Sabtu 27 Julai 2013, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di MK Garden Steamboat, Johor bahru. Seramai 10 orang ahli ERC bersama-sama memeriahkan program diatas bagi mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli.

 photo 100_5945_zpsb48155dc.jpg

 photo 100_5947_zpsdf7525e3.jpg

 photo 100_5949_zpse662878f.jpg

 photo 100_5955_zps1d48e9b4.jpg

 photo 100_5952_zpsc8fbbf2b.jpg

 photo 100_5956_zpsd97c23d7.jpg

Friday, July 26, 2013

Al Fatihah

 photo azam_zpsbd3c5f70.jpg

Al Fatihah kepada Allahyarham Sdra Noor Azam bin A. Rahim
Pengerusi Pasukan Echo Rovers Crew
yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan
bersama orang - orang yang Beriman.
Amin

Monday, July 8, 2013

Taklimat Penerangan Skim Lencana Pengakap PPMDJB Zon Pasir Gudang

 photo 1006009_10200902389394257_1762165885_n_zpsd8b50991.jpg
 photo 1012395_10200902391834318_486604273_n_zps20cd0ef4.jpg

Pada Sabtu 6 Julai 2013, PPMDJB Zon Pasir Gudang telah mengadakan kursus diatas untuk pemimpin pengakap PKK, PM dan PR yang diadakan di T.S Hotel Taman Scientex, Pasir Gudang. Seramai hampir 50 orang pemimpin pengakap dari sekolah-sekolah menengah dan rendah sekitar Zon Pasir Gudang hadir dalam program ini.

Kursus ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abd Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Turut hadir ialah En. Azhar Noor Rahman, Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor (PPRMNJ) serta En. Ng Cheng Tong dari Pasukan Latihan Negeri Johor sebagai penceramah dalam kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi penerangan bagaimana untuk menjalankan ujian lencana untuk ahli pengakap serta memahami tajuk-tajuk ujian yang perlu dijalankan oleh pemimpin dalam buku panduan skim latihan pengakap. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

 photo 994508_10200902335152901_1877828474_n_zps76140d1b.jpg
Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Yaacob bin Abd Karim
Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor

 photo 1070086_10200902238670489_2082329109_n_zpsb55ee8b7.jpg
Para pemimpin sedang mendaftarkan diri

 photo 969905_10200902338552986_1760561758_n_zpsb85d3c3f.jpg
Antara pegawai dan peserta taklimat

 photo 969317_10200902339993022_285680494_n_zps35f28a4c.jpg
Penyampaian cenderahati oleh Pn. Maslinda
Pen. Pesuruhjaya Daerah JB (Zon PG) kepada CSC

 photo 993919_10200902341473059_1234690744_n_zps04772ce9.jpg
Taklimat PKK oleh En. Ng Cheng Tong

 photo 969006_10200902382514085_1520445391_n_zps4d5de0c4.jpg
Aktiviti senggang sebelum memulakan taklimat

 photo 969729_10200902360593537_1267768588_n_zpse2ff1fcd.jpg
Taklimat bagi PM & PR oleh En. Azhar Noor Rahman

 photo 12052_10200902366593687_1661370469_n_zps7ba91f39.jpg
 Sebahagian peserta khusyuk mengikuti aktiviti senggang