Pada 22 hingga 25 Mac 2014, Lembaga Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja bagi tahun 2014 bertempat di Kem Jubli Intang, Tanjung Labuh, Batu Pahat. Seramai lebih 100 orang Pengakap Remaja dari seluruh daerah dalam negeri Johor. Kursus ini diketuai oleh Tuan Haji Ibrahim bin Abdullah - Pengerusi Latihan Negeri Johor.
- Echo Rover Crew & Terbuka 35
- No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.
Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts
Friday, March 28, 2014
Tuesday, February 25, 2014
Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Johor 2014
Pada 20 hingga 22 Febuari 2014, Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor mengadakan ujian sikap untuk Pengakap Raja seluruh negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, batu Pahat. Seramai 119 orang ahli Pengakap Remaja menghadirkan diri dalam ujian ini sebagai salah satu syarat utama ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja sebenar yang akan diadakan pada Mac 2014. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abd. Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.
Wednesday, March 28, 2012
Kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja & Ujian Sikap Pengakap Raja Kebangsaan 2012


Pada 21 hingga 25 Mac 2012, En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan ERC mewakili Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor ke kursus diatas anjuran Pasukan Latihan Negara yang telah diadakan di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat. Seramai hampir 80 orang pemimpin dari negeri - negeri seluruh Malaysia menyertai kursus ini bagi persediaan untuk menjadi seorang Pentaraf Pengakap Raja. Dalam masa yang sama diadakan Ujian Sikap Pengakap Raja peringkat kebangsaan bagi memilih calon - calon yang akan ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja.
Kursus dan ujian ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Shahrom bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Turut hadir ialah Tuan Haji Syukor bin Mohsin, Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara dan Tuan haji Yaacob bin Abd Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Haji Aziz Jamaludin bin Mohd Tahir, Timbalan Yang Dipertua PPM.

Peserta kursus sedang mendengar sessi ceramah

Aktiviti masakan rimba

Latihan membuat Rambu Bushman Thong

Pengembaraan sejauh 15 km oleh peserta
kursus

Majlis penutup kursus dan USPR

En. Fahmi bersama 2 orang wakil dari
Pasir Gudang

Salah satu pondok sementara yang didirikan oleh
peserta ujian sikap

Peserta ujian sikap sedang di uji oleh pelatih
Pentaraf Pengakap Raja
Kursus dan ujian ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Shahrom bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Turut hadir ialah Tuan Haji Syukor bin Mohsin, Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara dan Tuan haji Yaacob bin Abd Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Haji Aziz Jamaludin bin Mohd Tahir, Timbalan Yang Dipertua PPM.

Peserta kursus sedang mendengar sessi ceramah

Aktiviti masakan rimba

Latihan membuat Rambu Bushman Thong

Pengembaraan sejauh 15 km oleh peserta
kursus

Majlis penutup kursus dan USPR

En. Fahmi bersama 2 orang wakil dari
Pasir Gudang

Salah satu pondok sementara yang didirikan oleh
peserta ujian sikap

Peserta ujian sikap sedang di uji oleh pelatih
Pentaraf Pengakap Raja
Monday, February 6, 2012
PG King Scout Candidate Learning 2012
pada Sabtu 4 Febuari 2012, PPMDJB Zon Pasir Gudang telah mengadakan program diatas bagi menilai dan melihat taraf kemahiran calon Pengakap Raja dalam kawasan Zon Pasir Gudang bertempat di SMK Pasir Puteh. Seramai 11 orang calon yang hadir bagi mengikuti penilaian dan latihan ini.latihan ini diketuai oleh En. Norhazli Mohamad, ADC Zon bahagian Program. Turut hadir ialah En. Rizal Mat Sat ADC Zon Pentadbiran II dibantu oleh Pengakap Raja dari ERC menjayakan latihan ini. latihan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Tunjuka ajar latihan ikatan dan simpulan

Taklimat Ujian Sikap Pengakap Raja

En. Norhazli menerangkan tentang persediaan
untuk ke ujian Pengakap Raja

Peserta calon bersama pegawai
Monday, August 23, 2010
Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010
Tahniah diucapkan kepada calon - calon Pengakap Raja Negeri Johor yang telah lulus ujian tersebut. Diharap dapat memberikan khidmat yang baik kepada Pengakap Negeri Johor khasnya serta Pengakap Malaysia amnya, Kepada Masyarakat dan juga Negara.
Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 - "Klik Disini"
Thursday, August 19, 2010
Ujian Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana Johor.
Sempena Majlis Berbuka Puasa & Majlis Tilawah-Tadarus Al Quran PPM Johor, Unit PENGAKAP KELANA Johor akan mengadakan UJIAN LENCANA PERKHIDMATAN kepada P.Kelana berminat sila hadir pada
Tarikh: 21 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Kem Jubli Intan Tanjung Laboh Bt Pahat Johor
Melapor kepada: En Affandi Abd Hamid - ASC P. Kelana Johor
Waktu Melapor: 9.00 pagi
Melapor kepada: En Affandi Abd Hamid - ASC P. Kelana Johor
Waktu Melapor: 9.00 pagi
Sila bawa Buku Log dan alatulis. Lencana Perkhidmatan/Sijil akan diberikan kepada yang lulus. Pakaian T-shirt untuk rewang, full uniform semasa edaran bubur dan baju melayu pada malamnya.
~ Sumber dari blog PLNJ
Saturday, March 20, 2010
Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010
Pada 14 hingga 18 Mac 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor bagi tahun 2010 yang diadakan di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Seramai 152 orang peserta calon Pengakap Raja menyertai ujian ini. Ujian pentarafan ini dijayakan oleh 10 Pentaraf, 15 Penolong Pentaraf dan 20 orang urusetia yang diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Lembaga Pentaraf merangkap Pengerusi Latihan Pengakap Johor. Turut hadir ialah Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibupejabat PPM dan Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM.Pada Rabu malam 17 Mac 2010 semua peserta calon dan pentaraf mengikuti marhaban dan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Al-Ustaz Khairuzzikri bin Hj Anuar sempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Pada esoknya pula dijalankan majlis perasmian penutup oleh Y.B Tn. Hj. Ayub bin Hj. Jamil, ADUN Rengit. Hadir bersama juga ialah Tn. Hj. Yaacob bin Hj. Abd Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)















