My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com
Showing posts with label Komuniti. Show all posts
Showing posts with label Komuniti. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Program Ceria Komuniti Bersama Yang Dipertua MPPG

Pada hari Ahad 23 Disember 2012, JKP MPPG Zon Air Biru 2 bersama dengan Echo Rovers Crew (ERC) telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Blok 16/17 SEDC Flat, Tmn Air Biru yang dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabar@Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Penasihat ERC dan Puan Roslina - Pegawai Khas MPPG Zon Air Biru 2.

Program dimulakan dengan acara senamrobik diikuti dengan acara-acara pertandingan lain seperti pertandingan melukis, sukaneka, cabutan bertuah dan acara khas untuk jawatankuasa kerja program ini. Selain itu juga Yang Dipertua MPPG  telah melawat serta meninjau perkembangan projek mengecat blok dibawah Projek Penyelengaraan 1 Malaysia yang telah dijalan sejak November 2012 dan dijangka siap Januari 2013. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, August 9, 2012

Program Jom Moreh Bersama Penduduk KRT RPP1

Pada hari Isnin 6 Ogos 2012, KRT RPP1 bersama dengan ERC telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2, Pasir Gudang. Serampai hampir 100 orang penduduk sekitar kawasan RPP1 hadir dalam program ini. Hadir di program ini ialah En. Kamal Nizam, Pegawai Penyelaras KRT Zon Parlimen Pasir Gudang mewakili Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah Tuan Haji Rahim bin Latiff, Pengerusi PDM Taman Air Biru dan En. Roslan bin Hj Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen Pasir Gudang.

Sebelum jamuan moreh, diadakan penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur dari Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim, OKU dan sebagainya yang disampaikan oleh En. Kamal Nizam selaku wakil rasmi Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Program ini bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Antara kehadiran penduduk RPP1

Photobucket
Para Jiran Wanita KRT RPP1 sedang bergotong royong
menyediakan juadah moreh

Photobucket
Barangan keperluan sumbangan dari Biro Kebajikan
Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
En.Fahmi, Pemimpin Kumpulan 35 sedang menyampaikan
ucapan alu aluanya

Photobucket
En. Kamal Nizam mewakili Pegawai Perpaduan Daerah
menyampaikan sumbangan

Photobucket
Tuan Haji Rahim Latiff selaku Pengerusi PDM Taman Air Biru
turut menyampaikan sumbangan

Photobucket
Suasana kemeriahan jamuan moreh

Photobucket
En. Norhazli bersama beberapa ahli ERC sedang berborak
sambil menikmati juadah moreh

Tuesday, April 10, 2012

ERC Night Xplore Race 2012

Pada Sabtu 7 April 2012, Echo Rovers Crew telah mengadakan program diatas bersempena dengan Program Ronda - Ronda Bersama Pemimpin anjuran KRT RPP1 yang diadakan di Pekarangan Blok 17 SEDC Flat. Program ronda ini dirasmikan oleh En. Khairil bin Malik, Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri bagi mewakili YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas, En. Roslan Hassan wakil Pegawai Perpaduan Daerah JB dan En. R. Sabapathy selaku Penaung Echo Rovers Crew.

Seramai lebih 150 orang terdiri dari kanak - kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan ini. Peserta secara berpatrol dikehendaki menghabiskan tugasan sepanjang pengembaraan ini yang diadakan di sekitar RPP1, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti. Majlis Penyampain hadiah disempurnakan oleh En. Khairil Malik.

Photobucket
Para VIP termasuk En. R. Sabapathy selaku
Penaung ERC

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Khairil Malik

wakil rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Peserta Night Xplore Race sedang mendaftarkan
diri bagi menyertainya

Photobucket
Kemeriahan peserta sebelum pertandingan bermula

Photobucket
Antara tugasan yang perlu dilakukan oleh
para peserta Xplore Race

Photobucket
Antara gelagat peserta Xplora Race

Photobucket
Penyampaian hadiah untuk pertandingan Night Xplore

Race oleh En. Khairi Malik

Photobucket
Antara orang kuat ERC yang kelaparan selepas
program hehehehe.