My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, November 28, 2011

Jambori Malaysia Ke 12 & Terengganu International

Pada 19 hingga 25 November 2011, En. Khairul Fahmi bersama dengan 500 orang peserta dari Kontinjen Negeri Johor telah mengikuti program diatas yang diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu diketuai oleh Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim, ASC Johor. Seramai hampir 10,000 orang peserta terdiri dari pengakap seluruh Malaysia dan lebih kurang 13 buah negara luar seperti Indonesia, Thailand, Mesir, Sri Langka, Jepun, New Zealand dan Nepal. Ia dirasmikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan Penaung Utama PPM.

Berbagai aktiviti berbentuk pangkalan dibahagikan kepada 5 jenis iaitu aktiviti di air, lasak, lawatan, kraftangan dan permainan tradisional. Antara aktiviti yang menarik ialah Flying Fox, Abseiling, paintball shooter, lawatan ke Masjid Kristal, rempuh halangan dan aktiviti air seperti kayak dan berakit. Selain itu juga terdapat beberapa acara lain dijalankan seperti Malam INDABA dan Gilwell Reunion, Perjumpaan Kelana dan ATAS, Forum perdana, pertandingan karaoke dan persembahan kebudayaan.

Kontinjen Johor telah mengadakan majlis jamuan kontinjen dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Hj Kaharuddin Momin, Ketua Pesuruhjaya Negara dan juga lawatan rasmi YB. Dato' Seri Dr Hj Mohd Shafie Salleh, Ketua Pengakan Negara. Majlis penutup Jambori disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu.

Photobucket
Suasana kawasan perkhemahan Kontinjen Johor

Photobucket
Pintu Gerbang Kontinjen Negeri Johor

Photobucket
Majlis Perasmian Jambori oleh DYMM SPB
Yang Dipertuan Agong

Photobucket
Pramuka Indonesia segak bergaya di Jambori

Photobucket
Lawatan Ketua Pengakap Negara ke Kontinjen
Negeri Johor

Photobucket
Walaupun hujan, peserta jambori tetap ceria
mengikuti aktivitinya

Photobucket
Aktiviti menara Abseiling

Photobucket
Aktiviti paintball shooter

Photobucket
Y.Bhg Datuk Hj Kaharuddin melakar sejarah
sebagai Ketua Pesuruhjaya Negara pertama
terjun Flying Fox

Photobucket
Aktiviti menyeberang di air

Photobucket
Antara pintu gerbang yang terbaik di jambori

Photobucket
Semasa Malam Gilwell Reunion Hehehehe

Sunday, November 27, 2011

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia Berkuatkuasa

Photobucket

Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.

Saturday, November 26, 2011