My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, July 21, 2010

Kem Dr. Shafie Salleh

Ibupejabat PPM mempunyai sebuah kawasan perkhemahan yang bernama KEM DR SHAFIE SALLEH yang terletak di pantai peranginan Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Boleh muat 500 orang untuk perkhemahan, ada kemudahan iaitu tapak Kem yang berpagar, tandas, letrik dan bekalan air.

Bayaran Seorang
RM 3.00 Sehari - Pengakap Kanak - Kanak/ Muda/ Remaja
RM 4.00 Sehari - Pengakap Kelana / Pemimpin
RM 5.00 Sehari - Orang awam

Berminat boleh hubungi En Rahim Ibu Pejabat PPM - 017-6156880.

~ Sumber dari Blog PLNJ

Clip Video "One Night Stand" Gathering Camp 2010

Hari Pertama


Hari Kedua

~ Penghargaan terima kasih cikgu Zali atas clip video diatas ~

Monday, July 19, 2010

Berkhidmat Di Kursus Asas Perkhemahan Dan Gajed Puteri Islam Daerah JB & PG

Pada Sabtu 17 Julai 2010, 4 orang anggota ERC diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan ERC dijemput sebagai penceramah diatas anjuran Persatuan Puteri Islam (PPI) Daerah Johor Bahru & Pasir Gudang yang diadakan di Sekolah Menengah Perempuan Engku Tun Aminah (SETA) JB. Seramai hampir 100 orang PPI dari sekolah - sekolah menengah dan rendah dalam daerah JB dan PG menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas perkhemahan dan ikatan untuk membuat gajed perkhemahan. Selain itu juga anggota PPI yang hadir dilatih membuat model gajed perkhemahan yang perlu dibuat semasa kursus ini berjalan. Kursus ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang

Antara bilik kelas peserta kursus sedang mendengar ceramah

En. Fahmi sedang mengajar ikatan untuk para guru Pemimpin PPI

Tunjuk ajar dari Kelana ERC

Guru dan pelajar PPI bersama - sama berlatih dalam
kemahiran ikatan

Para peserta kursus sedang menyiapkan model gajednya

Friday, July 16, 2010

6th APR Air/ Internet Jamboree

Tarikh
7 hingga 8 Ogos 2010
Tempat
Station AIJ yang beroperasi seluruh Malaysia

Station yang beroperasi dalam Negeri Johor

Daerah Muar
Station Call Sign-9m4CMR
Station Manager-9m2DA
Second Operator-9w2MIE
Tempat: SMK. Sg. Abong, Muar

Daerah Segamat
Station Call Sign-9m4SJI
Station Manager-9m2LOO
Second Operator-9m2PCK
Tempat: Sek. Ren. Agama Bersepadu Segamat

Daerah Kulaijaya
Station Call Sign-9m2SJJ
Station Manager-9m2ODY
Second Operator-9m2AEZ
Tempat: SK. Sedenak, Kulaijaya

Daerah Batu Pahat
Station Call Sign-9m2SJF
Station Manager-9m2TUT
Second Operator-9w2BKP
Tempat: SMK. Semerah, Batu Pahat

Monday, July 5, 2010

Program "Road Safety Walk" Negeri Johor

Pada 3 Julai 2010, ERC dan Kumpulan 35 terbuka JB telah menghantar seramai 7 orang ahlinya bagi menyertai Program "Road Safety Walk" anjuran MPPG dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Seramai lebih 1000 orang peserta terdiri dari persatuan penduduk, NGO, jabatan kerajaan/swasta, industri dan orang perseorangan menyertai program ini yang bermula dari Dataran Mawar hingga ke Dataran Aqabah, Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Zahri bin Jamil - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor bagi mewakil YB. Dato Abd Ghani bin Othman - Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah dan Yang Dipertua MPPG Tn. Hj. A. Rahim bin Nin serta Ahli - Ahli Majlis MPPG. Selain program berjalan sambil mengedar risalah, turut diadakan juga perkongsian pengalaman oleh seorang mangsa kemalangan, gimik kemalangan dan cabutan nombor bertuah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket

Peserta dari ERC & Terbuka 35 bersama sebahagian
peserta dari
Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket

Suasana keadaan di Dataran Mawar

Photobucket

Ketibaan YB Hj Ahmad Zahri, Exco Kerajaan Negeri
Johor diiringi YDP MPPG serta Ahli Majlis MPPG

Photobucket

Keramaian peserta di kawasan pekedaian
Taman Mawar

Photobucket

Himpunan para peserta berarak sepanjang jalan
sehingga ke Dataran Aqabah

Photobucket

YB Exco sedang menyampaikan risalah tentang
keselamatan jalanraya kepada peniaga Pasar Tani

Photobucket

Suasana di Dataran Aqabah

Photobucket

Gimik Kemalangan

Saturday, July 3, 2010

Perisytiharan Pasir Gudang Sebagai Majlis Perbandaran

1 Julai 2010 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Pasir Gudang dimana pada tarikh tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dirasmikan. Dalam masa yang sama diadakan perasmian logo dan bendera MPPG serta perasmian Merana Aqabah yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi pusat pentadbiran MPPG. Majlis diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan pembacaan watikah perisytiharan oleh Menteri Besar Johor, persembahan kebudayaan serta artis jemputan dan sebagainya. Diakhir perasmian dipancarkan bunga api yang berwarna warni selama 15 minit.

Ketibaan YB. Dato' Abd Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor dan serta dif - dif VVIP

Persembahan Kebudayaan dari Warisan Johor

Persembahan kebudayaan dari semua kaum 1MALAYSIA

Persembahan artis jemputan Ali Mamak dan Jalil Hamid

Peserta Larian Semarak Perisytiharan membawa Baton
Watikah Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor membaca watikah perisytiharan Pasir Gudang
menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Perasmian Menara Aqabah

Aksi stunt dari Jabatan Bomba & Penyelamat turun dari
puncak Menara Aqabah sambil membawa bendera MPPG

Pancaran bunga api dari puncak menara Aqabah

Banner perasmian Menara Aqabah

Bunga api yang berwarna warni

Pancaran bunga api selama 15 minit memukau penduduk
Pasir Gudang