My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, July 5, 2010

Program "Road Safety Walk" Negeri Johor

Pada 3 Julai 2010, ERC dan Kumpulan 35 terbuka JB telah menghantar seramai 7 orang ahlinya bagi menyertai Program "Road Safety Walk" anjuran MPPG dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Seramai lebih 1000 orang peserta terdiri dari persatuan penduduk, NGO, jabatan kerajaan/swasta, industri dan orang perseorangan menyertai program ini yang bermula dari Dataran Mawar hingga ke Dataran Aqabah, Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Zahri bin Jamil - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor bagi mewakil YB. Dato Abd Ghani bin Othman - Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah dan Yang Dipertua MPPG Tn. Hj. A. Rahim bin Nin serta Ahli - Ahli Majlis MPPG. Selain program berjalan sambil mengedar risalah, turut diadakan juga perkongsian pengalaman oleh seorang mangsa kemalangan, gimik kemalangan dan cabutan nombor bertuah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket

Peserta dari ERC & Terbuka 35 bersama sebahagian
peserta dari
Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket

Suasana keadaan di Dataran Mawar

Photobucket

Ketibaan YB Hj Ahmad Zahri, Exco Kerajaan Negeri
Johor diiringi YDP MPPG serta Ahli Majlis MPPG

Photobucket

Keramaian peserta di kawasan pekedaian
Taman Mawar

Photobucket

Himpunan para peserta berarak sepanjang jalan
sehingga ke Dataran Aqabah

Photobucket

YB Exco sedang menyampaikan risalah tentang
keselamatan jalanraya kepada peniaga Pasar Tani

Photobucket

Suasana di Dataran Aqabah

Photobucket

Gimik Kemalangan

No comments: