My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, October 29, 2013

Kursus Pertanian Bandaran Siri 2

Pada Sabtu 26 Oktober 2013, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 34 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Zon MPPG Air Biru 2 dan NGO menyertai kursus ini. En. Khairul Fahmi, Pemimpin ERC telah dilantik sebagai Pengarah Program kursus pada kali ini.

Turut hadir ialah Pn. Zanariah, Ketua Jabatan Landskap MPPG, Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2013 dan 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan Laman Dapur dimana para peserta diajar cara menanam pokok mengunakan teknik Hidroponik dan Piskiponik. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1.30 petang.

 photo 100_6414_zpsb8d1098c.jpg

 photo 100_6418_zps27321bcd.jpg

 photo 100_6744_zps04f7007f.jpg

 photo 100_6847_zps866ea242.jpg

 photo 100_6460_zps5580e1d8.jpg

 photo 100_6851_zps1c54f89a.jpg

 photo 100_6867_zpsc72b7f91.jpg

 photo 100B6810_zps2a13e932.jpg

 photo 100_6877_zpsc47b756b.jpg

 photo 100_6906_zpsb793d496.jpg

Friday, October 18, 2013

Berkhidmat Di Program Ibadah Korban 2013

Pada hari Selasa 15 Oktober 2013 bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, JKP MPPG Zon Air Biru 2 bersama dengan Persatuan Penduduk LPJ Flat dan kerjasama dengan ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Blok 10/11 LPJ Flat. Seramai 6 orang ahli Pengakap Kelana ERC diketuai oleh En. Khairul Fahmi, Pemimpin ERC turun membantu melaksanakan ibadah korban lembu sebanyak 2 ekor hasil dari peruntukan YAB Dato' Seri ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor serta peruntukan dari YB Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tuan Hj. Sabran Awang, Penasihat ERC merangkap Pengerusi JKP MPPG Zon Air BIru 2.

 photo 100_6333_zpsc7615cb9.jpg

 photo 100_6337_zps30f2cae9.jpg

 photo 100_6344_zpsa880db3b.jpg

 photo 100_6360_zpsc4c3a322.jpg

 photo 100_6358_zps79d95dd4.jpg

 photo 100_6362_zps06c58d63.jpg

 photo 100_6364_zpsbc3356be.jpg

Tuesday, October 1, 2013

Berkhidmat Di Program Jom Melangkah Sihat SKPG1

Pada 28 September 2013, PIBG Sek. Keb. Pasir Gudang 1 telah mengadakan program diatas yang diadakan bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Tuan Haji Sabran Awang, Penasihat ERC merangkap Yang Dipertua SKPG1. Sebanyak lebih 800 orang muri-murid dari sekolah berkenaan terlibat dalam program ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan dewan sekolah memandangkan bilangan murid di sekolah berkenaan semakin bertambah dan memerlukan tempat untuk berkumpul mahupun menjalankan aktiviti. Turut hadir membantu ialah Ahli Echo Rovers Crew serta beberapa NGO dan persatuan penduduk. Selain larian turut diadakan pertandingan bolasepak, sukaneka dan cabutan nombor bertuah.








 photo 100_6290_zps97d13d0d.jpg