My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, March 17, 2009

Khidmat Kendarat Perkahwinan Serv 50

Pada Ahad 15 Mac 2009, Pasukan Unit Kendarat Kump. 35 terbuka dan ERC menjalankan khidmat kendaratnya bagi kali ke 50 yang dijalankan di Jalan Mawar 26, Tmn Mawar PG. Seramai 13 orang ahli pengakap terlibat dalam khidmat ni bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.




Wednesday, March 11, 2009

Ekspedisi 40 km Pengakap Remaja Kumpulan kali ke 5

Pada 8 hingga 9 Febuari 2009, Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 35 telah mengadakan xpdc diatas bermula di Komplek Pusat Bandar Pasir hingga ke Kg Sungai Tiga, Tg langsat dan berkhemah disana sebelum menyambung perjalanan hingga tamat di Sek. Keb. Perigi Acheh, Pasir Gudang. Seramai 6 orang ahli pengakap remaja mengikuti xpdc ini dibantu oleh 4 orang pemimpin dan Kelana ERC. Para peserta xpdc dilepaskan dari checkpoint permulaan pada jam 8.00 pagi oleh En. Norhazli bin Mohd selaku Pemimpin Kumpulan melalui kawasan - kawasan perindustrian Pasir Gudang, Stesen Janakuasa TNB Pasir Gudang sebelum berhenti rehat di Pantai Perembi, Pasir Gudang. Sepanjang xpdc ini para peserta dikehendaki menyempurnakan tugas yang diberi. Seterusnya menyambung berjalanan melalui kawasan Pelabuhan Johor (Johor Port), kawasan industri, Tg Puteri Resort, Kg Tanjung Langsat dan berkhemah di Kg Sungai Tiga, Tg Langsat pada jam 6.30 petang. Ke esokan paginya, para peserta menyambung perjalanan pada jam 8.00 pagi keluar dari Kg Tanjung Langsat melalui kawasan industri dan pelabuhan Tanjung Langsat, Kg Perigi Acheh dan akhirnya tiba di checkpoint penamat pada jam 2.00 petang di Sek. Keb. Perigi Acheh. Walaupun para peserta menjalankan xpdc dalam keadaan hujan dan basah kuyup malah semagat mereka bagi melayakan diri untuk lulus ujian Lencana Ekspedisi dan seterusnya ke ujian Pentarafan Pengakap Raja. Setelah penat menjalankan xpdc, para peserta berkesempatan melawat Taman Sarang Buaya Pasir Gudang yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Tanjung Langsat.

Para peserta bergambar di Komplek Pusat Bandar
sebelum memulakan perjalanan

Peserta xpdc sedang mendapatkan tandatangan Balai Polis
Pasir Gudang

Peserta xpdc di Kampung Sg Tiga, Tg Langsat

Walaupun dalam keadaan hujan, para peserta tetap
mengharungi xpdc ini

Bergambar di checkpoint akhir di
Sek. Keb. Perigi Acheh