My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, March 31, 2010

Kursus Asas Pengendalian Kayak Pt. Kumpulan

Pada 27 dan 28 Mac 2010, Kumpulan telah mengadakan kursus kayak yang diadakan di Jeti Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Seramai 15 orang ahli pengakap kumpulan 35 dan ERC menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan salah satu asas bagi kemahiran unit pengakap laut yang mana ianya terdapat dalam skima latihan unit pengakap laut. Turut hadir dalam kursus ini ialah En. Ghazali, salah seorang AJK Kehormat Kumpulan 35 dan ERC.

Antara latihan yang diajar seperti Pengenalan bahagian kayak, cara membawa serta teknik kayuhan paddle kayak dan Isyarat Kayak. Peserta juga diajar amali bagi kayuh Foward Stroke dan Back Stroke, Sweeping stroke, Draw Stroke dan sebagainya serta teknik penyelamat Capsize drill and swim off shore serta Emptying Kayak. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.




Monday, March 29, 2010

Kursus - Kursus Manikayu PLNJ 2010 (Update)

1. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Pontian

Tarikh : 9 hingga 11 April 2010 - Semua unit PKK, PM, PR, PK
Tempat: Pusat Latihan Pengakap Pontian, Mukim Serkat
Bayaran: RM 60.00
Hubungi: En Azhar Noor Rahman 012-7441552 (DC Pontian/ Pengerusi PLDP) - Blog PPM Pontian

2. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Muar

Tarikh : 9 hingga 11 April 2010
Tempat: Kem Pengakap Muar, Pagoh
Hubungi: En Shes Suhaiba Baba 019-6516243 (DC Muar) - Portal PPM Muar

3. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Batu Pahat

Tarikh : 23 hingga 25 April 2010 - Unit PKK & PM
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Batu Pahat
Bayaran: RM 60.00
Hubungi:
En Mohd Asik Saim 012-6577242 (DC Batu Pahat) - Blog PPM Batu Pahat

4. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Johor Bahru

Tarikh : 23 hingga 25 April 2010 - Unit PKK, PM & PR
Tempat: SMK. Taman Universiti, Skudai

Bayaran: RM 60.00
Hubungi: En Afzainizam 019-7902284 (Pengerusi PLDJB) - Portal ScoutsJB PLD

5. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Mersing

Tarikh : 7 hingga 9 Mei 2010
Tempat: Wisma Kem Pengakap Mersing
Hubungi: En Kamis Hasan 017-7034686/ 07-7961990 (DC Mersing)

6. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Segamat

Tarikh : 7 hingga 9 Mei 2010
Tempat: Belum Ditetapkan

7. Kursus Manikayu Pengenalan PLD Kluang

Tarikh : Sabtu 15 Mei 2010
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kpg Tengah,Jln Mersing Kluang
Bayaran: RM20.00
Hubungi: En Ali Abd Rahman 019-7505654 (Pengerusi PLDK)

8. Kursus Manikayu Bahagian 3.1 & 3.2 PLN Johor

- Bahagian 3.1 PKK/ PM/ PR/ PK
Tarikh: 28 hingga 30 Mei 2010
Tempat: Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh
Bayaran : RM 50.00
Hubungi:
Tn. Hj. Ibrahim 013-7014105 / 07-7767084 (Pengerusi PLNJ) - Blog PLNJ

- Bahagian 3.2 PM/ PR/ PK
Tarikh Cadangan :16 hingga 19 Jun 2010
- Bahagian 3.2 PKK
Tarikh Cadangan :17 hingga 19 Jun 2010

- Sumber dari PLNJ

Friday, March 26, 2010

We Support Earth Hour 60

Ambillah masa selama 1 jam untuk menyumbang kepada keprihatinan anda dalam isu alam sekitar dan pemanasan global. Hentikan penggunaan elektrik dari 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm pada 27 Mac 2010. Semoga langkah kecil kita ini akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.

Tutup lampu pada 27/3/2010
8.30 mlm - 9.30 mlm

>> Maklumat Earth Hour Malaysia

Thursday, March 25, 2010

Perubahan Cuti Umum Negeri Johor

Berikut adalah pindaan kepada tarikh cuti umum bagi Negeri Johor seperti yang dimaklumkan melalui surat daripada Pejabat SUK Johor, Bil (42) dlm. SUKJ.630/2 Jld. 4 bertarikh 15 Mac 2010:

i. Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor DIPINDA dari 8 April kepada 22 November

ii. Hari Hol Almarhum DIPINDA dari 6 Rejab 1431H (19 Jun 2010) kepada 6 Safar 1432H

Sehubungan dengan itu, tarikh 8 April 2010 dan 19 Jun 2010 bukan lagi cuti umum.

Salam Takziah Atas Kehilangan Seorang Tokoh Pengakap Yang Dihormati

Sekalung penghargaan untuk Allahyarham yang telah banyak menabur jasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia sepanjang pentauliahan sebagai Ketua Pengakap Negara yang ke 5 dari tahun 1984 sehingga 2004. Semoga dicucuri Rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang - orang yang beriman - Al Fatihah

23 MAC 2010 - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur menghidap kanser hati. Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur. Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Tan Sri Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Artikel Bernama ~

Tuesday, March 23, 2010

Kursus Asas Pengendalian Kayak

Tarikh
27 dan 28 Mac 2010

Tempat
Jeti Tanjung Langsat
Pasir Gudang

Bayaran
RM 15.00

Sasaran
Pengakap Muda/Remaja/Kelana
Kumpulan 35 dan ERC JB

Sunday, March 21, 2010

AL- FATIHAH

kepada
Allahyarham Hailmi Fadli bin Samsuri &
Allahyarham Khairil Ambia bin Samsuri
Ahli Pengakap Kelana ERC

yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad
5 Rabiulakhir 1431 Hijrah bersamaan dengan 21 Mac 2010 Masihi

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan bersama orang - orang yang beriman.
Amin

Saturday, March 20, 2010

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010

Pada 14 hingga 18 Mac 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor bagi tahun 2010 yang diadakan di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Seramai 152 orang peserta calon Pengakap Raja menyertai ujian ini. Ujian pentarafan ini dijayakan oleh 10 Pentaraf, 15 Penolong Pentaraf dan 20 orang urusetia yang diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Lembaga Pentaraf merangkap Pengerusi Latihan Pengakap Johor. Turut hadir ialah Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibupejabat PPM dan Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM.

Pada Rabu malam 17 Mac 2010 semua peserta calon dan pentaraf mengikuti marhaban dan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Al-Ustaz Khairuzzikri bin Hj Anuar sempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Pada esoknya pula dijalankan majlis perasmian penutup oleh Y.B Tn. Hj. Ayub bin Hj. Jamil, ADUN Rengit. Hadir bersama juga ialah Tn. Hj. Yaacob bin Hj. Abd Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.


Para peserta calon Pengakap raja Johor 2010

Barisan Pentaraf, Penolong Pentaraf dan Urusetia

Ujian Pertolongan Cemas

Ujian Mengibar dan Menurunkan bendera

Sessi pengambilan markah bagi kerja kursus
"Knotting Board"

Antara suasana tapak perkhemahan camp standart
peserta

Marhaban sempena Maulidur Rasul

VVIP yang hadir di majlis penutup ujian

Friday, March 12, 2010

Ucapan Tahniah atas Keputusan SPM/STPM 2010

TAHNIAH ... dari kami Majlis Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC JB

Kepada Pengakap Remaja 35 serta Kelana ERC Tingkatan 5/ 6 khasnya dan Pengakap Remaja/Kelana seluruh Malaysia amnya yang lulus cemerlang didalam Peperiksaan STPM/SPM yang telah diumumkan baru-baru ini.

Semoga Selamat Maju Jaya ke Menara Gading dan menjadi seorang pengakap yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Tuesday, March 2, 2010

"One Night Stand" Gathering Camp 2010

Pada 27 hingga 28 Febuari 2010, ERC pertama kali menganjurkan program diatas bersama Kelab Reakreasi Belia Tg. Langsat yang diadakan di Kampung Sungai Tiga, Tanjung Langsat. Seramai 30 orang dari gabungan ini menyertai perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Malam BBQ serta Kebudayaan, XPDC Blindtrail, War Game, Aktiviti air dan Berakit. Selain aktiviti tersebut, juga dijalankan Proses Pengenalan Diri (Vigil) dan Istiadat Perlantikan Pengakap Kelana untuk bakal - bakal kelana yang menganggotai ERC.

Turut hadir dalam perkhemahan ini ialah Tn. Hj. Ibrahim bin Ramli, Ketua Kampung Tg. Langsat bersama AJKKKK. Dengan berjayanya program ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pengakap Komuniti dengan Kelab Reakreasi Tanjung Langsat dalam perkongsian pengalaman, kegiatan dan ilmu. Penutup perkhemahan disempurnakan oleh En. Norhazli bin Mohamad, Ketua Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC.

Taklimat dari En. Norhazli dan "Ice Breaking"

Antara Kelana yang sedang menyiapkan BBQ

Bakal-bakal Kelana yang telah menyempurnakan proses "Vigil"
dan Istiadat Perlantikan Kelana

Para peserta sedang membina rakit

Sebahagian peserta sedang mengendalikan rakit
menyusuri Sungai Tiga