My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, February 14, 2013

5th ERC Scoutmaster Trip

Photobucket


Pada 10 hingga 11 Febuari 2013, ERC telah mengadakan tripnya bagi kali ke 5 yang disertai seramai 8 orang pemimpin dan kelana E JB. Para peserta bertolak dari Pasir Gudang jam 8.30 pagi dan singgah di beberapa tempat seperti di Tanjung Leman, Desaru, Tanjung Balau, jeti Sedili Besar dan pekan Tanjung Sedili di Kota Tinggi. Para peserta bermalam di chalet dorm di Sedili Kecil.

Pada esoknya para peserta bergerak melawat Kampung Durian Wetland dimana terdapat taman peliharaan bakau disana diikuti dengan lawatan ke Muzium dan Kota Johor Lama. Selain itu juga para peserta dapat berehat dan bersantai di jeti Teluk Sengat dan Kampung Tanjung Buai sambil melihat hidupan laut cengkerang seperti siput gonggong, boren dan belangkas. Para peserta bergerak pulang ke Pasir Gudang dan selamat sampai pada jam 8.00 malam. Walaupun keadaan cuaca yang sering hujan tidak mematahkan semagat untuk berekreasi.

Photobucket
Berehat di Jeti Dataran Sedili Besar

Photobucket
Makan - makan sambil berborak bawah pokok
jambu air

Photobucket
Taman peliharaan bakau Kg Durian Wetland

Photobucket
Bergambar di hadapan Muzium Johor Lama

Photobucket
Meh kita tengok belngkas kat Tanjung Buai