My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, January 20, 2009

ScoutsJB Tutorial King Scout 2009

Pada 16 hingga 18 Januari 2009, PPMDJB dengan kerjasama Persaudaraan Pengakap Raja JB telah menganjurkan program diatas bertempat di Pusat Pertanian Kongkong Laut, Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang ahli pengakap terdiri dari bakal - bakal calon Pengakap Raja bagi tahun 2009 dan 2010 hadir dalam perkhemahan ini. Pasukan Pengakap Kumpulan 35 telah menghantar seramai 7 orang ahli pengakap remajanya bagi mengikuti perkhemahan ini. Dalam perkhemahan ini, bakal - bakal calon Pengakap Raja akan diberi latihan kemahiran bagi persediaan untuk menghadapi Ujian Pentarafan Pengakap Raja yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Latihan ini dijalankan mengikut Sistem Mentor dimana setiap ahli diberi satu kumpulan dan kumpulan tersebut akan dilatih oleh seorang Mentor dari kalangan Pengakap Raja bagi mendidik ahli kumpulanya. Antara latihan dijalankan seperti Kawad kaki/ Tongkat, Camp Standart, Masakan Rimba, Teknik menjawap ujian teori dan lisan dan sebagainya.

Saturday, January 17, 2009

Pendaftaran Keahlian PPM 2009

Bermula dari tahun 2009, PPM telah memperkenalkan sistem baru untuk pembaharuan pendaftaran ahli Pengakap. Dengan penggunaan perisian dan penghantaran maklumat secara elektronik, sistem ini dapat memudahkan pengeluaran Kad Keahlian baru dan pengumpulan maklumat ahli. Untuk maklumat lanjut bolehlah mengklik Panduan terbaru pendaftaran PPM di Menu Download Borang atau KLIK DISINI

Saturday, January 10, 2009

Sunday, January 4, 2009

PINDAAN PADA LOGO PENGAKAP MALAYSIA

Pekara ini dah lama didengar sejak Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia dimana berlakunya pertukaran warna pada tali lingkaran logo pengakap. Walaupun ramai ahli pengakap masih konfius dengan perubahan ini namun ibu pejabat PPM sudah mengunakan logo baru ini.
Logo Lama
Logo Baru

Saturday, January 3, 2009

Mesyuarat ScoutsJB Echo Rovers Crew & Kumpulan 35 Terbuka

Tarikh : 4 Januari 2009 ( Ahad )
Waktu : 9.00 pagi
Tempat : Balai Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Pakaian : Uniform Pengakap

Semua ahli pasukan sila bawa borang dan yuran keahlian bagi tahun 2009. Muda/Remaja RM 10.00 dan Pemimpin/Kelana RM 15.00. Harap Maklum