My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, January 20, 2009

ScoutsJB Tutorial King Scout 2009

Pada 16 hingga 18 Januari 2009, PPMDJB dengan kerjasama Persaudaraan Pengakap Raja JB telah menganjurkan program diatas bertempat di Pusat Pertanian Kongkong Laut, Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang ahli pengakap terdiri dari bakal - bakal calon Pengakap Raja bagi tahun 2009 dan 2010 hadir dalam perkhemahan ini. Pasukan Pengakap Kumpulan 35 telah menghantar seramai 7 orang ahli pengakap remajanya bagi mengikuti perkhemahan ini. Dalam perkhemahan ini, bakal - bakal calon Pengakap Raja akan diberi latihan kemahiran bagi persediaan untuk menghadapi Ujian Pentarafan Pengakap Raja yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Latihan ini dijalankan mengikut Sistem Mentor dimana setiap ahli diberi satu kumpulan dan kumpulan tersebut akan dilatih oleh seorang Mentor dari kalangan Pengakap Raja bagi mendidik ahli kumpulanya. Antara latihan dijalankan seperti Kawad kaki/ Tongkat, Camp Standart, Masakan Rimba, Teknik menjawap ujian teori dan lisan dan sebagainya.

No comments: