My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, November 26, 2009

Perkhemahan 1 Malaysia

Tarikh
11 hingga 13 Disember 2009

Tempat
Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka

Penyertaan
Pengakap Muda/Remaja/Kelana dan Pemimpin

Bayaran
RM 40.00
( Lawatan, Makan, Minum dan sijil )

Maklumat lanjut dibawah
Maklumat Perkhemahan & Borang

26th Asia Pasific Regional Scout Jamboree

Tarikh
28 Disember - 03 Januari 2010

Tempat
Mt Makilling, Los Banos Laguna, Phillippine.

Maklumat lanjut hubungi
En Rahim Hamid - Ibupejabat 0176156880

Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di sekolah, guru - guru penasihat pengakap juga adalah seorang Pemimpin pengakap dalam organisasi yang bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Troop Leader (Ketua Pasukan) dan Ketua - Ketua Patrol yang lain juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli pengakap bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kepengakapan, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni kepada ahlinya sesuai dengan budaya kepengakapan yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.

Di peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan hala tuju, pemantapan, membangunkan serta perancangan organisasi. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat antarabangsa, negara, negeri, daerah, zon atau kumpulan. Pada peringkat negara kita mempunyai Ketua Pengakap Negara. Di peringkat negeri kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pada peringkat daerah, kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Manakala di peringkat kumpulan kita ada Ketua Pemimpin atau Pemimpin Kumpulan. Kita juga memiliki pemimpin - pemimpin muda seperti Pengerusi Kelana atau Crew, Ketua Pasukan dan Ketua Patrol yang pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dan memandu orang bawahanya atau anak buahnya untuk mencapai kejayaan organisasinya.