Pada Sabtu 6 Julai 2013, PPMDJB Zon Pasir Gudang telah mengadakan kursus diatas untuk pemimpin pengakap PKK, PM dan PR yang diadakan di T.S Hotel Taman Scientex, Pasir Gudang. Seramai hampir 50 orang pemimpin pengakap dari sekolah-sekolah menengah dan rendah sekitar Zon Pasir Gudang hadir dalam program ini.
Kursus ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abd Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Turut hadir ialah En. Azhar Noor Rahman, Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor (PPRMNJ) serta En. Ng Cheng Tong dari Pasukan Latihan Negeri Johor sebagai penceramah dalam kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi penerangan bagaimana untuk menjalankan ujian lencana untuk ahli pengakap serta memahami tajuk-tajuk ujian yang perlu dijalankan oleh pemimpin dalam buku panduan skim latihan pengakap. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.
Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Yaacob bin Abd Karim
Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
Para pemimpin sedang mendaftarkan diri
Antara pegawai dan peserta taklimat
Penyampaian cenderahati oleh Pn. Maslinda
Pen. Pesuruhjaya Daerah JB (Zon PG) kepada CSC
Taklimat PKK oleh En. Ng Cheng Tong
Aktiviti senggang sebelum memulakan taklimat
Taklimat bagi PM & PR oleh En. Azhar Noor Rahman
Sebahagian peserta khusyuk mengikuti aktiviti senggang
No comments:
Post a Comment