Pada 8 hingga 10 April 2011, En.Khairul Fahmi dijemput sebagai jurulatih di kursus diatas yang diadakan di Blok P23 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia Skudai anjuran KLKM UTM. Seramai 17 orang peserta dari UTM dan pemimpin dari daerah - daerah dalam negeri Johor menyertai kursus ini yang diketuai oleh En. Ng Cheng Tong, Penolong Jurulatih Kebangsaan.
Antara sidang yang diberi ialah Asas kepengakapan, skim latihan Pengakap Remaja, Pengurusan Kumpulan, Kemahiran dan sebagainya. Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh En. Abd Rahim bin Mohamad- Pesuruhjaya Daerah KLKM UTM Skudai.

Peserta kursus Manikayu Pengenalan & Peringkat 1
Pengakap Remaja

Praktikal Ikatan & Simpulan Remaja

En. Fahmi sedang menyampaikan ceramahnya

Penerangan dari Ketua Kursus

Aksi persembahan peserta

En. Abd Rahim - Pesuruhjaya KLKM UTM sedang
menyampaikan ucapan penutup kursus
No comments:
Post a Comment