My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, June 22, 2011

Gotong Royong Perdana MPPG 2011

Photobucket

Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.

ERC bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.

Photobucket
Suasana gotong royong

Photobucket
Ahli Pengakap 35 & ERC turut sama menyertai
gotong royong ini


Photobucket
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang
menanam pokok cempaka, bunga rasmi
MPPG

Photobucket
En. Norhazli, Ketua Pemimpin ERC turut terlibat
dalam program penanaman pokok

Photobucket
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh
YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang
Pengerusi JKP Zon Air Biru 2

No comments: