My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, October 12, 2011

Kem Sukan MILO " Play More Learn More "

Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 & Echo Rovers Crew (ERC) telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Setiausaha Sulit YB Ahli Parlimen Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG. merangkap Penaung Kumpulan 35 (t) & ERC Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.

Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Pengerusi KRT RPP1 merangkap Pengerusi JK Kehormat Kumpulan 35 (t) & ERC.

Photobucket
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah
bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam
klinik bola

Photobucket
Pertandingan bola jaring

Photobucket
Pertandingan bola sepak

Photobucket
Antara pegawai sukan dari ERC yang
membantu
menjayakan kem sukan ini

Photobucket
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini

Photobucket
Makan banyak - banyak, nanti petang kena
sambung
tugas

No comments: