My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, June 4, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Sabtu 30 Mei 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC diketuai oleh Sdra Azizi telah menghantar seramai 10 org wakil bagi menyertai program diatas anjuran Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi (DeVIT) Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) dengan kerjasama JKP Zon Tmn Air Biru 2 dan Kawasan Rukun Tetangga RPP1. Seramai lebih 50 org peserta terdiri dari para penduduk RPP1 terlibat dalam gotong royong ini. Program ini dirasmikan oleh En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Zon Tmn Air Biru 2. Turut hadir ialah En. Ariffin selaku wakil dari MPPG dan En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Sebelum gotong royong dijalankan, para peserta diberi taklimat tentang bahaya nyamuk Aedis/Denggi dan Chikugunya serta berkenaan kesihatan yang lain oleh wakil Pegawai Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru. Ahli pengakap bersama para peserta gotong royong dijalankan dalam 2 pasukan. Peserta lebih menumpukan kepada pembasmian tempat2 pembiakan Aedis yang dibantu oleh beberapa Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah JB. Peserta kemudian berkumpul kembalai untuk makan tengahari dan bersurai. Program ini bermula pada jam 8.45 pg hingga 12.00 tengahari. Pasukan Pengakap 35 dan ERC mendapat pengiktirafan sebagai pasukan GO paling aktif dalam kegiatan komuniti di kawasan Zon Taman Air Biru 2 oleh Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2.

En. Sabapathy selaku Ahli Majlis MPPG memberikan ucapanya

Antara penghuni yang sedang menjalankan kerja
membasmi tempat pembiakan Aedis

Ahli Pengakap juga sedang menjalankan operasi membasmi
tempat pembiakan Aides

Antara kumpulan ahli pengakap 35 yang mengikuti
program ini

No comments: