My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, September 30, 2010

Majlis Aidilfitri ERC & Majlis Meraikan Bakal Haji RPP1

Pada 25 September 2010, Kumpulan 35 Terbuka dan ERC telah mengadakan Majlis Aidilfitri peringkat kumpulan yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Sabran bin Awang - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan merangkap Pengerusi JKP Zon Air Biru 2. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengumpulkan ahli - ahli ERC dan terbuka 35 sambil merayakan suasana Aidilfitri. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Pada malamnya pula beberapa orang ahli ERC hadir Majlis Meraikan Bakal Haji untuk bakal - bakal haji dari kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 serta Majlis Aidilfitri yang diadakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan khas dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

No comments: