My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, January 17, 2012

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya PPMDJB 2012

Pada Sabtu 14 Januari 2012 telah diadakan mesyuarat kali pertamanya bagi tahun 2012 bertempat di Dewan Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, JB. Seramai lebih 20 anggota Pen. Pesuruhjaya Daerah JB hadir dipengerusikan oleh En. Khairi bin Jailani, Pesuruhjaya Pengakap daerah JB. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin Karim ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Antara agenda dibincangkan berkenaan aktiviti bagi tahun 2012 serta perlantikan Pemangku Pesuruhjaya Daerah dan Penolong - Penolongnya dimana En. Sani, ADC Zon Johor Bahru dipilih sebagai pemangku Pesuruhjaya Daerah JB memandangkan En. Khairi telah dilantik sebagai Pen. Pesuruhjaya Negeri Johor. Dalam mesyuarat ini juga telah mengumumkan bahawa Pasir Gudang akan membentuk daerah pengakapnya sendiri serta perlantikan jawatankuasa penaja bagi merangka struktur pentadbiran dan pengurusan pengakap daerah Pasir Gudang dimana Pn. Maslinda, ADC Zon Pasir Gudang dipilih menerajui jawatankuasa penaja tersebut.

Photobucket
Sebahagian Pen. Pesuruhjaya sedang menunggu sebelum mesyuarat bermula

Photobucket
Tn Hj Yaacob bersama dengan En. Khairi dan En. Sani

Photobucket
Ahli - ahli mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah PPMDJB

Photobucket
Pn. Maslinda selaku Pengerusi penaja PPMDPG bersama
En. Fahmi & En. Norhazli selaku JK penaja

Photobucket
Sebahagian Pen. Pesuruhjaya Daerah JB yang hadir dalam mesyuarat ini

No comments: