My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, August 2, 2010

Ceramah Kesedaran Denggi Bersama JK Penduduk Pasir Gudang

Pada Sabtu 31 Julai 2010, ERC telah mengahntar seramai 2 orang ke program diatas anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai hampir 100 orang yang terdiri dari Pengerusi dan AJK Penduduk dalam Zon MPPG, Ketua - ketua dan ahli DeVIT serta wakil - wakil dari persatuan NGO hadir dalam ceramah ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Dr. Sharom dan Pn. Siti Salina binti Sayuti dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawap pemimpin masyarakat dalam menagani nyamuk Aides dan wabak demam denggi serta memberi taklimat tentang situasi dan kedaan semasa wabak denggi yang kini sedang melanda Pasir Gudang khasnya dan Negeri Johor amnya. Program bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Antara pameran dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor

VVIP dalam Program Ceramah Kesedaran Denggi

Sessi soal jawap dipengerusikan olen Tn. Hj. A. Rahim bin Nin
Yang Dipertua MPPG

Barisan Ahli Majlis MPPG dan wakil - wakil penduduk

Salah seorang wakil penduduk sedang bertanya soalan
berkenaan nyamuk Aides

No comments: