My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, beberapa ahli kelana ERC bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang terlibat diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

No comments: