
Pada Sabtu 26 Febuari 2011, En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan ERC bersama dengan beberapa pemimpin serta Pengakap Raja daerah - daerah dalam Johor telah mewakili PPM Negeri Johor ke program diatas anjuran Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) bersama Association Of Top Achiever Scouts World (ATAS World) bersempena dengan Hari Pengasas Pengakap Dunia bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.
Majlis ini dihadiri oleh Mr. Eric Khoo - Pesuruhjaya Antarabangsa merangkap Pengerusi ATAS World yang juga merupakan pengasas persatuan ini. Turut hadir juga ialah Tn. Hj. Abd Shukor bin Mohsin - Pesuruhjaya Latihan Negara. Antara program yang dijalankan ialah persembahan nyanyian lagu pengakap sedunia, cabutan bertuah, tayangan clip video serta beramah mesra dengan semua ahli ATAS dan Pengakap Raja. Majlis ini bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Pameran sempena ATAS World Fellowship
Dinner

Suasana meriah di Dewan Hotel Dynasty
Kuala Lumpur

Bergembira berjumpa rakan - rakan ATAS
yang lain

Antara persembahan "mencuitkan hati"
dalam majlis ini

En. Fahmi menerima lencana ATAS dari
Mr. Eric Khoo

Lencana Gabungan PPRM/ ATAS,
Lencana Keahlian ATAS dan Lencana Gathering
No comments:
Post a Comment