Pada 18 hingga 19 Disember 2010, ERC & Terbuka 35 dijemput membantu menjayakan Program Mesra Rakyat 1 Malaysia & Sukan Air Zon Tg Langsat yang diadakan di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli diketuai En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan mengikuti khidmat sukarelawan ini. Berbagai acara diadakan sempena program ini seperti sukaneka, kebudayaan, pertandingan street soccer, pertandingan mewarna dan sebagainya.
Beberapa acara dalam sukan air dipertandingkan antaranya acara pertandingan tepuk bantal, lumba kayak, tiang licin, tangkap itik, berenang gaya bebas dan sebagainya. ERC telah menghantar wakilnya menyertai beberapa pertandingan sukaneka dan sukan air dimana ERC mendapat tempat ketiga dalam acara pertandingan polo air. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil ADUN Tiram.

Antara acara dalam sukaneka

Persembahan kebudayaan

Ahli 35 terbuka sedang membantu persiapan
pertandingan lumpa kayak

Salah seorang ahli 35 terbuka sedang menyertai
pertandingan tepuk bantal

Pertandingan polo air yang disertai oleh ERC

Lumba kayak kategori double
No comments:
Post a Comment