
- Echo Rover Crew & Terbuka 35
- No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.
Email: pengakap35e@yahoo.com
Wednesday, April 28, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Kursus Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Zon Selatan
Pada 23 hingga 25 April 2010, En. Khairul Fahmi mewakili ERC dan Terbuka 35 ke kursus diatas anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Seramai 87 orang peserta terdiri dari guru sekolah/MRSM, pengerak belia daerah/parlimen dan badan NGO dari 3 negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai kursus. Kursus ini dirasmikan oleh Y.B Hj Md Jais bin Sarday, Exco Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor.
Kursus ini dijalankan bagi melatih pemimpin - pemimpin ARPRM dalam pengendalikan Badan Operasi (BO) ARPRM serta mempergiatkan lagi penubuhan - penubuhan baru BO diseluruh 3 negeri. Majlis penutup dan penyampaian sijil tauliah pemimpin ARPRM disempurnakan oleh En.Nordin bin Ramlan, Ketua Unit Kokurikulum Negeri Johor bagi mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Johor.
Monday, April 26, 2010
Arahan Pembelian Lencana Edisi Terbaru
Pembekal Lencana Pengakap Edisi Baru, PPM Johor dan Pengerusi Latihan Negeri Johor telah memberi kebenaran kepada En Ng Cheng Tong (Scoutshop JB) bagi menjual lencana tersebut.
Berikut adalah sebutharga Lencana Edisi Baru:-
Lencana Kemajuan PKK= (Gagsa/Perak/Emas) =RM2.00 satu
Lencana Wajib PKK (Basikal/Berenang)=RM1.50 satu
Lencana Kepandaian PKK=RM1.50 satu
Lencana Kemajuan PM (Usaha/Maju/Jaya)=RM2.00 satu
Lencana Kepandaian PM =RM1.50 satu
Lencana Pengakap Remaja 5 Tertinggi=RM2.50 satu
Lencana Pengakap Kelana=RM3.00 satu
Lencana Kecil PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA RM6.00 satu
Semua RAMBU PKK/PM/PR harga RM8.00 satu
Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,S emua Pesuruhjaya Daerah, Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Pengakap /LembagaPenguji Lencana Daerah sahaja layak membeli lencana yang tersebut diatas. Minta kerjasama tuan/puan sekiranya ada didapati Kedai-Kedai menjual Lencana-Lencana Pengakap edisi baru ini dimaklumkan kepada pembekal PPM Johor segera, Terima kasih diatas perkhidmatan tuan/puan untuk menjaga imej PPM Johor.
Untuk tempahan bolehlah klik disini - Scoutshop JB
Untuk tempahan bolehlah klik disini - Scoutshop JB
~ Sumber dari Blog PLNJ
Wednesday, April 21, 2010
Jemputan Ke Kursus Ikatan Simpulan & Kawad Tongkat PPM Pontian
Pada 16 hingga 18 April 2010, En. P. Khairul Fahmi dijemput khas sebagai jurulatih kursus oleh Pengakap Daerah Pontian ke kursus diatas anjuran PPM Daerah Pontian yang diadakan di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Komplek Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Seramai lebih 60 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja dari kumpulan - kumpulan pengakap sekitar daerah Pontian menyertai kursus ini.
Kursus ini dijalankan bagi melatih ahli pengakap dalam ilmu ikatan dan simpulan dalam skim latihan pengakap serta latihan kawad tongkat bagi persediaan ahli pengakap ke ujian Pengakap Raja tahun hadapan. Selain itu diadakan juga aktiviti kembara malam dan ceramah Rakan Muda serta Anugerah Remaja Perdana. majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Azhar bin Nor Rahman, Pesuruhjaya daerah Pontian.
Saturday, April 17, 2010
Lencana Kemajuan Pengakap Versi Baru Telah Diluluskan
IBUPEJABAT-15April. Mesyuarat Teknikal PPM telah meluluskan membeli dan memakai lencana baru mulai hari ini.Pesuruhjaya Latihan Negara,Tuan Hj Shukor Mohsin berharap semua pemimpin dapat menguji pengakap dan menggunakan lencana dengan betul
Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan
Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan
~ Sumber dari Blog PLNJ
Thursday, April 15, 2010
Tahniah, Tahniah, Tahniah
Pn. Eliza Pemimpin Kumpulan 35 telah selamat melahirkan anak sulongnya pada 14 April 2010 jam 11.30 mlm di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Tahniah kami ucapkan kepada En. Norhazli, Ketua Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC kerana menerima cahaya matanya. Semoga anda sekeluarga sejahtera dan harmoni dengan kehadiran cahaya mata tersebut.
~ Dari kami Majlis Pemimpin serta Ahli ERC & Terbuka 35
Tuesday, April 13, 2010
Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PPM Pontian
Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris
Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng
Ketua Kursus MK Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid
Turut hadir ialah Tn. H. Yaacob bin Hj. Abd karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor dan Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor. Pada Sabtu petang 10 April 2010, Persaudaraan Pengakap Raja Negeri Johor juga mengadakan Majlis Jamuan Teh Bersama Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor.
Friday, April 9, 2010
Monday, April 5, 2010
Penyerahan Sijil/ Lencana Pengakap Raja Tahun 2008/2009 Sahaja
Sukacitanya dimaklumkan iaitu Sijil/Lencana Pengakap Raja 2008/2009 boleh diambil pada
Tarikh : 16 hingga 18 April 2010
Tempat: Kem Jubli Intan Tg Laboh Bt Pahat
Masa : 11.00 pg - 4.00 ptg.
Diminta ANDA sendiri yang datang mengambilnya ATAU jika diwakilkan Ibubapa/DC anda, anda mesti menulis surat kepada saya menyatakan Ibubapa/DC mewakilkan untuk mendapatkan sijil/lencana Pengakap Raja.
Diatas kerjasama tuan/puan/encik/pemimpin anda semua diucapkan terima kasih.
Jika ada apa-apa masalah berhubung dengan perkara ini,sila hubung Tuan Pesuruhjaya Negeri Johor.
~ Artikel dari Blog PLNJ
Subscribe to:
Posts (Atom)