Pada 23 hingga 24 Julai 2011, ERC telah mengadakan perkhemahan diatas yang diadakan di Mutiara Bay, Batu Layar, Kota Tinggi. Seramai 20 orang terdiri dari ahli pengakap 35 dan kelana ERC mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini lebih kepada aktiviti santai sambil menghayati keindahan angin laut serta beberapa siri ceramah berkenaan keselamatan dan aktiviti di air Pada sebelah malamnya diadakan BBQ dan ramah mesra sesama ahli. Para peserta bertolak pulang jam 2.00 petang dan tiba di Pasir Gudang jam 3.00 petang.
- Sdri Nurul Hazimah Naman - Sdri Nurul Hafikah Amzah - Sdri Nur Syamimi - Sdri Nur Hidayah jais
dan kepada semua Pengakap Raja Johor yang menerima peganugerah Sijil Pengakap Raja yang disampaikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor di UTHO pada 23 Julai 2011.
Pada Sabtu 2 Julai 2011, ERC & Kumpulan 35 terbuka bersama - sama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan majlis diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang penduduk sekitar RPP1 hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin- Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir juga En. R. Sabapathy- Ahli Majlis MPPG merangkap Penaung ERC dan juga Tn. Hj. Sabran Awang- Pengerusi JKP Zon merangkap Penasihat ERC.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil doa selamat dan bacaan surah Yassin oleh Persatuan Yassin Sepakat RPP1. Diikuti dengan jamuan makan dan kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Seri berkenaan isu-isu semasa. Majlis bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.
En. Norhazli bersama orang2 kuat yang menjayakan majlis ini
Antara ahli 35 yang berehat setelah penat berkerja
Bacaan Yassin beramai2 oleh Persatuan Yassin Sepakat Rumah pangsa Peringkat 1
Ketibaan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin
Antara sebahagian penduduk yang sedang mendengar ucapan dari YB Dato' Seri
Carta Organisasi ERC dan Terbuka 35 yang baru di Pusat Komuniti RPP1 yang juga pusat kegiatan kumpulan
Pada Ahad 26 Jun 2011, ERC mengadakan program reakreasi sempena hujung minggu ke Pantai Teluk Mutiara, Batu Layar Kota Tinggi diketuai oleh En.Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin ERC. Seramai 6 orang ahli ERC mengikuti reakreasi ini. Dengan aktiviti reakreasi ini dapatlah sedikit sebanyak memberi ketenangan dan juga saling beramah mesra antara satu sama lain.
Jambatan Sungai Johor yang menghubung antara Pasir Gudang & Bdr Penawar,Kota Tinggi
Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.
ERC bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.
Suasana gotong royong
Ahli Pengakap 35 & ERC turut sama menyertai gotong royong ini
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang menanam pokok cempaka, bunga rasmi MPPG
En. Norhazli, Ketua Pemimpin ERC turut terlibat dalam program penanaman pokok
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang Pengerusi JKP Zon Air Biru 2
En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC mewakili NGO Pengakap ke program diatas yang diadakan pada hari Rabu 1 Jun 2011 bertempat di Aras 3 Menara Aqabah Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang yang terdiri dari wakil2 persatuan penduduk, NGO - NGO, jabatan kerajaan dan swasta, kilang2, PIBG Sekolah dan ibu bapa penjaga yang anak mereka mendapat anugerah pelajar cemerlang.
Majlis perasmian dan taklimat MPPG disempurnakan oleh Tuan Haji Rahim bin Nin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah Setiausaha MPPG, Ketua Polis IPD daerah Seri Alam dan Pengurus TNB Malaysia Cawangan Selatan. Antara program yang dijalankan ialah taklimat dari pengurus TNB serta dari IPD Seri Alam berkenaan Program Bandar Selamat dikuti dengan majlis dialog. Turut diadakan ialah majlis penyampaian penghargaan pelajar cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2010.
Para VIP dan wakil - wakil yang hadir dalam program ini
En. Fahmi bersama Tn. Hj. Sabran, Tim. Pengerusi JK Kehormat Kumpulan 35 dan ERC
YDP MPPG sedang memberikan taklimat berkenaan perancangan dan strategik MPPG
Penyampaian pengharagaan oleh YDP MPPG kepada pelajar cemerlang