My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Saturday, January 8, 2011

Malaysia Tawar jadi Ibu Pejabat Pengakap Sedunia

PUTRAJAYA 3 Jan. - Malaysia akan menawarkan diri sebagai lokasi baru ibu pejabat Pengakap Sedunia bagi menggantikan pejabat lama di Geneva, Switzerland.

Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr. Shafie Salleh berkata, Malaysia akan bersaing dengan dua negara jiran iaitu Singapura dan Filipina yang juga mahu ibu pejabat Pengakap Dunia ditempatkan di negara mereka.

''Pengakap Sedunia telah menyuarakan hasrat untuk berpindah dari Geneva dan sekiranya ia menjadi realiti, maka Malaysia berharap ibu pejabat baru dapat ditempatkan di negara ini," katanya di sini hari ini.

( Lihat Artikel Selanjutnya )

Monday, December 27, 2010

Kem Xplorasi Kumpulan Kali Ke 10

Tarikh
9 hingga 11 Januari 2010

Tempat
Reakreasi Sungai Bantang, Segamat

Penyertaan
Semua ahli ERC dan Terbuka 35

Bayaran Penyertaan
RM 30.00

Berminat hubungi En. Norhazli - 013-7003313, En. Fahmi - 017-7069151. Penyertaan adalah terhad

Tuesday, December 21, 2010

Khidmat Sukarelawan Di Sukan Air Tg Langsat

Pada 18 hingga 19 Disember 2010, ERC & Terbuka 35 dijemput membantu menjayakan Program Mesra Rakyat 1 Malaysia & Sukan Air Zon Tg Langsat yang diadakan di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Seramai 10 orang ahli diketuai En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan mengikuti khidmat sukarelawan ini. Berbagai acara diadakan sempena program ini seperti sukaneka, kebudayaan, pertandingan street soccer, pertandingan mewarna dan sebagainya.

Beberapa acara dalam sukan air dipertandingkan antaranya acara pertandingan tepuk bantal, lumba kayak, tiang licin, tangkap itik, berenang gaya bebas dan sebagainya. ERC telah menghantar wakilnya menyertai beberapa pertandingan sukaneka dan sukan air dimana ERC mendapat tempat ketiga dalam acara pertandingan polo air. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil ADUN Tiram.

Photobucket
Antara acara dalam sukaneka

Photobucket
Persembahan kebudayaan

Photobucket
Ahli 35 terbuka sedang membantu persiapan
pertandingan lumpa kayak

Photobucket
Salah seorang ahli 35 terbuka sedang menyertai
pertandingan tepuk bantal

Photobucket
Pertandingan polo air yang disertai oleh ERC

Photobucket
Lumba kayak kategori double

Thursday, December 16, 2010

Berkhidmat Di Kendarat Perkahwinan Serv 56

Pada Ahad 12 Disember 2010, Kumpulan 35 dan ERC menjalankan khidmat kendaratnya yang dijalankan di Dewan KILAT, TNB Quartes Pasir Gudang. Seramai 17 orang ahli pengakap diketuai oleh En. Norhazli - Ketua Pemimpin terlibat dalam kendarat ini. Khidmat kendarat ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Photobucket
En. Norhazli - Ketua Pemimpin sedang memberi
taklimatnya

Photobucket
Ketika sedang menjaga katering

Photobucket
Bahagian basuh membasuh

Photobucket
Ucapan dari tuan rumah selepas selesai majlis

Photobucket
Ahli kendarat bergambar bersama tuan rumah

Wednesday, December 15, 2010

Poster Jambori Malaysia Ke 12 Terengganu

Photobucket

- Maklumat Lanjut Klik Pada Poster Ini