My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Saturday, March 1, 2014

4th ERC One Night Stand Gathering

4th ERC One Night Stand Gathering diadakan pada Sabtu 1 Mac 2014 bertempat di Pusat Kegiatan ERC.

 photo 100_8417_zpsf549f848.jpg

 photo 100_8422_zps46210fe6.jpg

 photo 100_8423_zps167dfee3.jpg

 photo 100_8432_zpse18ce148.jpg

 photo 100_8433_zps5818ac91.jpg

 photo 100_8436_zpsd8c264d3.jpg

 photo 100_8450_zps87e0c7f5.jpg

 photo 100_8451_zpsc707833d.jpg

Tuesday, February 25, 2014

Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Johor 2014

 photo 1960918_631581876914983_202511139_o_zps192259e9.jpg

Pada 20 hingga 22 Febuari 2014, Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor mengadakan ujian sikap untuk Pengakap Raja seluruh negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, batu Pahat. Seramai 119 orang ahli Pengakap Remaja menghadirkan diri dalam ujian ini sebagai salah satu syarat utama ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja sebenar yang akan diadakan pada Mac 2014. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abd. Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.

Thursday, February 6, 2014

Al Fatihah


Al Fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Sabran bin Awang, Timbalan Pengerusi Kehormat Kumpulan 35 (T) JB dan Kelana E (ERC) yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 5 Febuari 2014 Masihi bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1435 Hijrah. Semoga dicucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang Mukmin, Amin.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani masyarakat sekitarnya dan banyak membantu pasukan ERC dalam aktiviti komuniti bersama masyarakat dan pengakap serta sumbangan kewangan bagi melancarkan lagi kegiatan ERC. Salam takziah kepada keluarga dan kerabat terdekat Allahyarham dari kami. Jasa kamu dikenang jua.

Tuesday, February 4, 2014

6th ERC Anak Laut Trip (Scoutmaster Trip)

 photo 100_7882_zps2bd8371f.jpg

Pada 31 Januari hingga 2 Febuari 2014, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pantai Lanjut, Kuala Rompin, Pahang dan pada hari ke dua di Pantai Mersing, Johor. Seramai 12 orang ahli ALUMNI ERC mengikuti program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengembara dari Pasir Gudang ke Rompin, Pahang dan bermalam di sana. Kemudian bergerak ke Taman Negeri Endau Rompin, Pahang sebelum berhenti di Pantai Mersing dan pada keesokanya bergerak ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang sebelum pulang semula ke Pasir Gudang. Selain mengembara, ERC juga mengadakan aktiviti kaki memancing dan BBQ.

 photo 100_7729_zps29b77e6e.jpg
 
 photo 100_7701_zpsdfde6459.jpg

 photo 100_7734_zps855df50a.jpg

 photo 100_7737_zps211c7e28.jpg

 photo 100_7943_zps0fe2c7d9.jpg

 photo 100_7749_zps5d7f44c4.jpg

 photo 100_7794_zpsbc63d6c0.jpg

 photo 100_7819_zps0adddf42.jpg

 photo 100_7874_zps7659b75f.jpg

 photo 100_7861_zps04691e3d.jpg

Sunday, January 26, 2014

Kursus Kepimpinan Manikayu PPM Daerah Kulaijaya

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PENGENALAN PPM KULAIJAYA
Tarikh:15 Feb 2014
Tempat: SK Taman Kota Kulai 2, Kulaijaya
Bayaran :RM 30
Terbuka kepada Pemimpin/P.Kelana/Pemimpin Pendidikan Khas.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGAKAT 1 PKK PM PR
Tarikh: 27-28 Feb-01 Mac 2014
Tempat: SK Taman Kota Kulai 2, Kulaijaya
Bayaran: RM 100 
Terbuka kepada Pemimpin yang lulus Peringkat Pengenalan
P.Kelana (utk LENCANA KEPIMPINAN) (umur 26th baru dpt MK)

Hubungi Tn Hj Ibrahim Abdullah 0137014105

Monday, January 13, 2014

Takziah - Mr. Eric Khoo

 photo 1551458_10202361532512784_859268472_n_zps321b18fa.jpg

Menerima makluman daripada rakan-rakan di Malaysia bahawa Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia serta Mantan Pengerusi ATAS World, Tuan Eric Khoo telah meninggal dunia secara mengejut sebentar tadi. Negara kehilangan seorang tokoh kepengakapan yang banyak memberi sumbangan dalam urusan hal ehwal antarabangsa PPM. Beliau juga adalah seorang Ahli Pengakap Laut sewaktu menerima anugerah Pengakap Raja pada zaman remajanya.

Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor Sambung Tauliah

 photo 1535440_730433546969116_923144579_n_zps313420b2.jpg

Tuan Haji Yaacob bin Abd Karim sedang menandatangani surat tauliah sebagai 
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - TAHNIAH