Al Fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Sabran bin Awang, Timbalan Pengerusi Kehormat Kumpulan 35 (T) JB dan Kelana E (ERC) yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 5 Febuari 2014 Masihi bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1435 Hijrah. Semoga dicucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang Mukmin, Amin.
Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani masyarakat sekitarnya dan banyak membantu pasukan ERC dalam aktiviti komuniti bersama masyarakat dan pengakap serta sumbangan kewangan bagi melancarkan lagi kegiatan ERC. Salam takziah kepada keluarga dan kerabat terdekat Allahyarham dari kami. Jasa kamu dikenang jua.
No comments:
Post a Comment