Pada 19 hingga 21 Jun 2014, PLN Negeri Johor telah mengadakan kursus diatas untuk 3 unit iaitu PKK, P. Muda dan P. Remaja yang diadakan di Dewanraya Kota Jaya, Kota Tinggi. Seramai lebih 23 orang pemimpin dari PPM daerah Kota Tinggi dan Batu Pahat serta jemputan dari PPM Kuala Lumpur bersama 12 orang jurulatih/ pembimbing menyertai kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah beberapa sessi sidang ceramah kursus, latihan dalam kumpulan dan ekspedisi mengelilingi bandar Kota Tinggi. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi PLN Johor bagi mewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment