PPM Negeri Johor telah menganjurkan program diatas sempena Perayaan Jubli Perak ke 25 Jambori Johor diadakan bertempat di Hutan Bandar Putra, Kulaijaya pada 16 hingga 21 November 2013. Seramai hampir 6,000 orang peserta dan IST dari negara, negeri dan daerah-daerah dalam negeri Johor menyertai jambori ini. Antara peserta luar negara yang menyertai ialah Indonesia, Singapura, Cambodia, Brunei, Thailand, Amerika, Kepulauan Maldive, Ghana, Jerman dan sebagainya.
Jambori ini dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Johor dan penutup jambori disempurnakian oleh Tuan Pegawai daerah Kulaijaya bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Antara aktiviti yang dijalankan seperti berkayak, berakit, wall climbing, xtream bike, flying fox, kebudayaan, pameran, komunikasi laut, skywalk, Messenger Of Peace, lawatan ke Legoland serta Universal Studio di Singapura dan lain-lain lagi. Selain itu juga diadakan acara pertandingan futsal, paintball, pintu gerbang, scout talent, forum, persembahan kebudayaan dan sebagainya serta acara untuk pemimpin/kelana seperti Malam INDABA, Gilwell Reunion, Perjumpaan Kelana dan Pengakap Raja serta Majlis Perasmian Pingat Jubli Perak Jambori Johor yang disempurnakan oleh Tuan Haji Yaacob bin Hj A. Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment